MB Terengganu umum bantuan tunai dan baiki rumah mangsa banjir
Bantuan wang tunai akan disalurkan kepada mangsa banjir yang terjejas di Terengganu baru-baru ini, umum Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menteri Besar Terengganu berkata mangsa banjir akan menerima bantuan RM1,000 dan RM10,000 pula akan disalurkan kepada keluarga mangsa banjir yang berdepan bencana tersebut bagi meringan beban mereka.
“Untuk meringankan bebanan yang dihadapi mereka, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di negeri Terengganu.
“Bantuan RM10,000 pula akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir pada kali ini sebagai rasa simpati dengan apa yang telah terjadi, ” kata kenyataan itu dalam satu hantaran Facebook.
Selain itu, menurut kenyataan tersebut, bantuan lain akan turut diteliti oleh kerajaan negeri bagi membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang terkesan.
“Bantuan lain seperti membaiki kerosakan rumah, membina kembali rumah rosak dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan setelah mendapat maklumat penuh selepas penilaian, insya-ALLAH,” jelasnya.
Samsuri sebelum itu melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai di Kemaman pada pagi Jumaat.Agenda
No comments:
Post a Comment