Dua wanita China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah pulang ke negara asal, kata Datuk Seri Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mengesahkan dua wanita yang bersama dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa insiden kekecohan sudah pulang tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut.
“Dua saksi itu sudah kembali ke China, saya tidak tahu, dia akan kembali semula atau tidak,” katanya dipetik laporan BH selepas merasmikan Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM hari ini.
Azam menjelaskan, setakat ini, SPRM sudah mengambil keterangan seramai 14 orang orang termasuk King Sing dan pegawai imigresen.
Minggu lalu, King Sing membuat kecoh setelah menyerbu masuk ke balai ketibaan antarabangsa untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang dinafikan daripada memasuki negara ini oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Malah dalam kenyataannya menjelaskan keadaan itu, King Sing mendakwa pegawai Imigresen di KLIA terlibat aktiviti rasuah.
1 comment:
Siapa berani dtg ke negara jika berlaku perkara sebegitu.
Post a Comment