Nuffnang

Tuesday, September 26, 2023

Penangkap ular mati dipatuk tedung ketika bonceng motosikal

 


Manish rebah ke atas tanah selepas berhenti di tepi jalan. - X

NEW DELHI, India – Seorang lelaki di daerah Indore, negeri Madhya Pradesh meninggal dunia selepas dipatuk seekor ular tedung ketika membonceng motosikal rakannya, lapor laman berita Free Press Journal semalam. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu, tular di media sosial. 

Mangsa yang dikenali sebagai Manish bekerja sebagai penangkap ular. 

Ads by Kiosked

Manish pada awalnya dilihat meminta rakannya memberhentikan motosikal di tepi jalan selepas dia dipatuk seekor ular tedung.

Selepas rakannya meninggalkan motosikal itu dalam keadaan hairan, Manish dilihat berdiri sambil memegang ular tersebut pada tangannya. 

Dia kemudian rebah ke tanah dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut polis, Manish bersama rakannya diminta untuk menangkap seekor ular tedung di sebuah kandang lembu di Kampung Teli Kheda. 

Selepas menangkapnya, mereka membawa ular itu menaiki motosikal bersama rakannya untuk dilepaskan ke dalam hutan.

Bagaimanapun, dia dipatuk ketika dalam perjalanan. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung