Nuffnang

Thursday, September 14, 2023

Pesara kerajaan lesap lebih RM4 juta terpedaya pelaburan kripto

 

 

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pesara kerajaan terpaksa menanggung derita selepas mengalami kerugian lebih RM4 juta ditipu pelaburan mata wang kripto.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Brickfields menerima laporan kejadian itu hari ini.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun memaklumkan dirinya ditipu urusan pelaburan mata wang kripto melibatkan kerugian RM 4,417,092.

“Mangsa pada awalnya menerima mesej melalui WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali (suspek) yang mengiklankan pelaburan mata wang kripto.

“Suspek kemudiannya memperkenalkan diri sebagai agen pelaburan yang berasal dari Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Amihizam, mangsa kemudian dipujuk untuk melabur sebelum diarah membuat pendaftaran di laman web yang diberikan.

Kata beliau, mangsa telah dijanjikan pulangan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada nilai modal, namun tidak dinyatakan tempoh pelaburan tersebut.

“Terpedaya dengan tawaran tersebut, bermula 18 Julai lalu sehingga 6 September 2023, mangsa telah membuat 90 transaksi bayaran berjumlah RM 4,417,092.80 secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank yang diberikan.

“Namun begitu, mangsa gagal mengakses laman web berkenaan dan gagal menghubungi suspek, semalam,” jelasnya.

Sehubungan itu, Amihizam berkata, mangsa yang mengesyaki telah ditipu apabila tidak menerima sebarang keuntungan pelaburan membuat laporan polis hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung