Nuffnang

Wednesday, August 14, 2024

Mencuri sama-sama, kena kejar penduduk, suami lari tinggal isteri

 


Sumiyah ditangkap penduduk setempat. - Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Mojokerto, wilayah Jawa Timur tergamak meninggalkan isterinya yang dikejar orang ramai ketika mereka cuba mencuri telefon bimbit milik seorang penduduk, lapor laman berita Mili semalam.

Suspek dikenali sebagai Rosidi, 47, ketika kejadian sedang menunggu isterinya, Sumiyah di atas motosikal.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Sumiyah memasuki sebuah rumah secara senyap-senyap bagi melarikan telefon bimbit milik seorang lelaki yang sedang tidur.

ADVERTISING

Isteri mangsa yang melihat aksi itu menjerit, membuatkan mangsa terjaga daripada tidur.

“Isteri mangsa melihat seorang wanita mengambil telefon bimbit, lalu dia menjerit dan mangsa bangun untuk mengejar suspek di samping beberapa penduduk,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Dawarblandong, Inspektor Agus Shodikin.

Sumiyah gagal melarikan diri kerana penduduk setempat mengepungnya di segenap penjuru. Dia kemudian ditangkap betul-betul di hadapan rumah mangsa.

Suaminya yang melihat keadaan itu dengan pantas melarikan diri dan meninggalkan Sumiyah.

Penduduk kemudian cuba mengejar lelaki itu, namun gagal.

Sumiyah dibawa ke balai polis terdekat untuk disoal siasat, manakala suaminya masih diburu. – AGENSI 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung