Nuffnang

Monday, September 23, 2024

Maut dirempuh Mercedes Benz selepas solat jemaah di masjid

 


Keadaan motosikal Yamaha 135LC dinaiki Wan Alias yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 37, Jalan Kuala Terengganu - Bukit Besi berhampiran Bukit Diman, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang peniaga yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh berjemaah di masjid maut setelah motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Bukit Diman di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Wan Alias Wan Hitam, 68, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari arah Felda Jerangau di sini yang dipandu seorang pemuda berusia 22 tahun dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh motosikal Yamaha 135LC dinaiki lelaki warga emas tersebut.

ADVERTISING

“Siasatan awal mendapati kereta itu terbabas kerana mengelak sebuah motosikal lain yang dikatakan tiba-tiba membelok ke laluan kanan dari persimpangan Bukit Diman.

“Kereta itu kemudiannya merempuh motosikal dinaiki Wan Alias menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung