Nuffnang

Thursday, May 1, 2014

Perghhh!!! Khairy KJ Terkantooi.. AKIBAT Tibai PKR Dalam Pemilihan 2014


PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... KJ SUDAH KANTOI MENIPU!!!!!!


Dapat sumber maklumat dari blog Pro UMNO gred haprak bangsat ... cerita seinci dia kasi tebar sampai 10 km , pintal gila dengan tujuan dan niat nak jatuhkan kredibiliti pemimpin KeADILan/PR amnya dan KeADILan khasnya.

Omak Kau mengambil pendirian .. yang benar tidak akan disorokkan .. yang salah tidak akan disapu dibawah permadani buruk .. memang ada sedikit kekecuhan berlaku semasa pemilihan Cabang Kemaman tetapi bukanlah sampai terbang kerusi meja dan beterabur kertas undi atas lantai.

Kejadian ini yang cuba diambil kesempatan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk memburukkan Ahli Parlimen Pandan nampaknya makan tuan.

Sebab itu walau sebijak mana dan belajar di menara gading mana sekali pun .. kalau dah masuk UMNO pasti akan jadi dungu.

Dulu ingatkan Utusan dan Berita Harian termasuk RTM dan TV3 akan kutip maklumat dari blog macai UMNO .. rupa-rupanya pemimpin lulusan Oxford pun begitu juga .. perangai tegar dalam UMNO sampai bila-bila tidak akan dapat dikikis.

Allahhu Akhbar : Bekas penyanyi rap mati syahid berjihad di Syria

Bekas penyanyi rap mati syahid berjihad di Syria

BEIRUT – Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai            kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani                      mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan                  jihad berkenaan semalam.
Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada                                             Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah                           timur pada Ahad lalu. Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh    dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan                                  Al-Nusra Front.
Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forum                             kumpulan itu. “Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani                        telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.
“Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota                        -anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS,” tambahnya.
Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan                        aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.
Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar                    menggunakan kekerasan terhadap mereka. – Agensi.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung