Nuffnang

Thursday, May 1, 2014

Allahhu Akhbar : Bekas penyanyi rap mati syahid berjihad di Syria

Bekas penyanyi rap mati syahid berjihad di Syria

BEIRUT – Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai            kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani                      mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan                  jihad berkenaan semalam.
Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada                                             Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah                           timur pada Ahad lalu. Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh    dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan                                  Al-Nusra Front.
Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forum                             kumpulan itu. “Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani                        telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.
“Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota                        -anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS,” tambahnya.
Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan                        aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.
Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar                    menggunakan kekerasan terhadap mereka. – Agensi.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung