Nuffnang

Wednesday, April 30, 2014

Perghhh ::: Penumpang bas bermandi najis

Penumpang bas bermandi najis

GAMBAR penumpang bas berlumuran tahi kini menjadi ‘viral’ apabila tersebar secara meluas di internet setelah sebuah bas awam terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori najis di China baru-baru ini.
Kemalangan tersebut berlaku pada 2 Januari lalu dan ia sempat dirakamkan jurugambar amatur yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Difahamkan, bas tersebut merempuh belakang lori tersebut hingga menyebabkan tangkinya pecah
Malang sekali kumbahan tersebut melimpah masuk ke dalam bas hingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan penumpang terpaksa ‘bermandi’ najis!
Mereka kemudiannya dihantar ke hotel berhampiran dan diberikan sepasang pakaian baru serta wang pampasan sebanyak RM488 seorang.
Namun antara komen yang paling banyak diterima oleh kesemua mangsa bukanlah simpati, tetapi ‘galakan’ agar mereka membeli loteri!
Kononnya kejadian itu bakal membawa ‘tuah’ kepada mangsa disebabkan ia jarang-jarang sekali berlaku.
Sementara itu agensi berita Xinhua melaporkan, pihak mereka mendapat pengesahan yang ‘najis’ itu adalah sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan khizir.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung