Zairil elak jawab isu video menari berpelukan
7
(Gambar
kiri) Video seorang lelaki didakwa mirip Zairil sedang menari dan
berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam. (Gambar kanan)
Zairil meninggalkan sidang media di sini, hari ini.
GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari cuba
mengelak daripada menjawab isu video seorang lelaki didakwa miripnya
sedang menari dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab
malam.
Zairil yang ditemui media di Kompleks Mahkamah Tinggi Georgetown di
sini enggan mengulas selepas diasak media berhubung isu yang sedang
tular di laman sosial itu.
Sambil meminta agar media tidak berasak dan menolaknya, Zairil turut
menyoal semula kepada media tentang video yang disoal kepadanya.
"Eh...jangan tolak. Video mana?" katanya kepada media sambil
mengeluarkan telefon bimbitnya dan bergegas meninggalkan sidang media,
hari ini.
Sebelum itu, media menyoal Zairil sama ada beliau sudah membuat laporan
polis atau tidak berhubung video berdurasi 15 saat yang hangat
diperkatakan di laman sosial.
Terdahulu, Zairil menyifatkan video yang dikaitkan dengan dirinya
sebagai mengarut selain menafikan lelaki berkaca mata yang sedang menari
sambil berpelukan dengan seorang wanita adalah dirinya.