Nuffnang

Tuesday, October 10, 2023

Dua pegawai kanan tentera dipanggil polis kes cabul kedi golf

 


Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Dua pegawai kanan tentera dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung laporan membabitkan kes cabul seorang kedi wanita di sebuah kelab golf di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah berkata, kedua-dua pegawai berkenaan dipanggil pada 6 Oktober lalu susulan laporan yang dibuat oleh mangsa yang berusia 21 tahun.

“Polis menerima laporan pada 5 Oktober lalu daripada wanita tersebut mendakwa telah dicabul oleh dua lelaki sewaktu bekerja di kelab golf berkenaan.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

“Berdasarkan kepada laporan tersebut, kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kedua-dua individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut merupakan pegawai kanan tentera berusia 51 dan 52 tahun yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Individu ini masing-masing berpangkat Leftenan Kolonal. Salah seorang daripada mereka turut membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut.

“Satu lagi laporan dibuat oleh rakan sekerja mangsa berusia 35 tahun yang memaklumkan dia tidak melihat kejadian berkenaan. Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Sunday, October 1, 2023

Wanita kena tikam dalam kedai dobi di Seberang Takir

 


Tangkap layar rakaman CCTV seorang wanita ditikam di dalam sebuah dobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang wanita cedera akibat ditikam senjata tajam dipercayai gunting oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah dobi layan diri di Kampung Seberang Takir di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun cedera pada bahagian belakang badan dan siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan serangan bermotifkan samun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sewaktu kejadian mangsa berada di dalam dobi layan diri  sebelum suspek tiba-tiba meluru masuk dan menyerangnya.

“Wanita berkenaan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan serangan itu tular di media sosial dan berdasarkan klip video tersebut, suspek bertindak menikam belakang wanita itu lalu menyepak kepala mangsa sebelum bergegas melarikan diri.

Wan Mohd. Zaki berkata, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama. – KOSMO! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung