Nuffnang

Thursday, March 25, 2010

Garis Panduan Walit libatkan Empat Kementerian


KUALA LUMPUR — Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) mengambil masa untuk dibentang ke Kabinet kerana ia melibatkan empat kementerian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.
Noh berkata selain kementerian yang diterajuinya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan juga terlibat dalam penggubalan garis panduan itu.
Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini garis panduan bagi pembangunan industri sarang burung yang bernilai RM1.5 bilion setahun itu ketikaditemui di lobi Parlimen hari ini.
Garis panduan itu disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit di negara ini. Sebelum ini, Noh dilaporkan berkata 1GP akan dibentang ke Kabinet pada Mac ini. - Bernama

Nota : SubhanAllah sapa sangka sarang burug walit yang selalu buat bising ada harga..dan dijadikan ubat..dengat kata 1 kilo sam beribu rbu ringgit. Allah jadikan semua benda atas muka bumi ini untuk di manfaatkan oleh manusia. fikirkanlah wahai teman.

2 comments:

Amirah Rashid said...

subhanallah. mmg Allah jadikan semua benda di muka bumi ini ada kegunaan & hikmah masing2 :)

mas aji said...

memang benar..sbb tulah manusia sebuk membina bangunan berlubang lubang di tengah bendang atau tepi rumah supaya burung walit ini datang membuat sarang

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung