Nuffnang

Thursday, March 18, 2010

Keistimewaan Ikan Buntal


Salam Semua
Ahh..buntal lagi.,” Itu merupakan kata-kata pertama yang terpacul dari bibir penulis ketika mengikut satu trip memancing di Pulau Sembilan, Pelabuhan Klang baru baru ini.
Bukan niat penulis untuk mencemuh atau menjatuhkan ‘martabat’ ikan beracun itu, cuma agak mengecewakan jika keluar memancing, habuan yang dapat hanyalah ikan yang langsung tidak boleh dimakan. Dalam leka memancing, penulis teringat tentang satu pameran alat muzik tradisional yang diadakan pada Hari Kraf Kebangsaan baru baru ini.
Alat muzik rebab yang biasa kita dengar dalam persembahan silat atau pun persembahan tarian tradisional lazimnya dibuat daripada kayu pokok nangka dan berongga di bahagian dalam.
Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat daripada lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil “susu”.
Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung’. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan.
Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya.
Busurnya dibuat dari kayu dan melengkung sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa tapi kini digunakan tali tangsi.
“Sebelum itu, kulit ikan buntal itu akan dipotong mengikut saiz diameter tempurung dengan menggunakan pisau. Gam tidak perlu digunakan untuk melekatkan kulit ikan itu pada tempurung kelapa kerana kulit ikan buntal mudah melekat,” jelasnya yang berasal dari suku kaum Semelai. Sumber Mstar
Nota : Mas Aji pernah lihat kawan mas aji . orang kampung panggil dia Meg Gyver . Beliau pernah menjadikan ikan buntal itu sebagai tanglung (macam lampu perayaan tahun baru cina ) Cuma Lapah dan lekapkan pada tempurung kelapa..dan apabila kering ..kita masukan Lampu kedalamnya dan sambungkan ke suis lampu…mudahkan itulah keajaiban manusia “ sesungguhnya aku jadikan manusia ailah sebaik baik kejadian “ Firman Allah taala.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

Lisa Sipes said...

By passing a training course and getting the forklift operator's licence, a person will be allowed to operate forklifts as long as his licence is valid. This training will include a large section that deals with security. Hyster makes regular internal combustion and electric forklift trucks which compete against Crown, Yale and Toyota Material Handling USA. ph 541.526.5671

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung