Nuffnang

Friday, March 12, 2010

Pasal Apa Hampa Pi Mengendap

Gambar Hiasan Dimana tempat 2 n orang pemuda Kena Balun
Salam buat Semua.

Dua kaki intai terima padah
DUA kaki intai yang merupakan pelajar sebuah IPTA cedera di kepala dan badan selepas dibelasah sekumpulan lapan lelaki di stesen minyak di Semambu, Kuantan semalam.
KUANTAN - Nafsu suka mengintai yang menguasai dua pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membawa padah apabila mereka cedera dibelasah oleh sekumpulan lapan pelajar lain di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin.
Kejadian pukul 12 malam itu berlaku selepas tindakan mereka mengintai kira-kira 10 pelajar perempuan melalui celah tingkap di sebuah rumah sewa disedari oleh salah seorang mangsa.
Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian bertindak menghubungi teman lelakinya yang juga merupakan pelajar di situ.
Teman lelaki pelajar perempuan itu kemudian mengumpulkan rakan-rakannya untuk mencari dua lelaki terbabit dengan menaiki kereta.
Difahamkan, kesemua pelajar itu merupakan pelajar tahun akhir di IPTA tersebut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, selepas puas mencari, teman lelaki gadis itu terserempak dengan dua pelajar berkenaan di sebuah stesen minyak.
sumber ...kosmo.com.my

Kesimpulan : Wahai pemuda pemuda ku , janganlah perasaan ingin tahu dan ingin lihat menyelubungi dan menguasai kita... berbuat baiklah sesama sendiri.... kalau macam ni ..sakit pun boleh..malu pun boleh... jangan malukan orang kampung... jadilah sebagai anuar manan ( cycling ) atau lee chong Wee ...fikir-fikirkanlah sendiri ya akhi..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

alongxp said...

ha...amek... lebam yg die dapat...padan muke...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung