Nuffnang
Friday, April 30, 2010
Shahrizat cadang "KASI" Bapa Bayi Yang Dibuang
KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar), di Dewan Negara di sini hari ini.Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih saying kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain.“Kita lihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.“Ibu, bapa, nenek, atuk semuanya kelihatan sibuk dan dah jadi masyarakat yang individualistik. Kita lahirkan anak lepas tu kita francaiskan pada masyarakat untuk mendidik dan beri kasih sayang,” katanya.Terdahulu menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu, Shahrizat berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral.“Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja,” katanya. — Bernama
Abu Luqman..Islam telah lama menegaskan bahawa jauhkanlah diri kamu dari zina dan seumpamanya, seperti berdua2an , berkhalwat dengan pasangan bukan mahram. Yang penting adalah didikan agama dari kedua ibu bapa.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Thursday, April 29, 2010
Selesa, Selamat Dalam Koc Khas Wanita
KUALA LUMPUR - Suasana penumpang lelaki dan wanita berasak-asak menaiki komuter pada waktu puncak tidak lagi kelihatan semalam apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula melaksanakan sistem koc mengikut gender.Projek perintis di laluan Sentul-Pelabuhan Klang itu terbukti berhasil apabila 95 peratus penumpang wanita dalam soal selidik KTMB semalam menyifatkan ia berjaya memberi keselesaan serta jaminan keselamatan daripada menjadi mangsa penyeluk saku dan gangguan seksual. Tinjauan Kosmo! bersama para pegawai KTMB yang diketuai Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Kaunter, Mohd. Hider Yusoff semalam mendapati, perkhidmatan baru itu menjadi tarikan kepada lebih ramai penumpang wanita menaiki komuter. KTMB memperkenalkan perkhidmatan baru itu selepas hasil kajian mereka mendapati 60 peratus penumpang adalah wanita:
Abu. Luqman, bersyukur kehadrat ilahi akhinya cahaya ke Islaman telah sampai dan menyinari kepada pengurusan KTMB, tahniah diucapkan, Islam telah lama menganjurkan keadaan atau perkara sebegini . Dengan keselesaan Koc wanita pertama di negara kita , ini adalah sebagai titik permulaan kepada sistem pengurusan perkhidmatan pengangkutan serta lain lain perkara yang bersangkut paut dengan masyarakat Madani." Jaza Kumullah Khairan Kasira ". Islam mengajurkan supaya setiap perjumpaan yang dihadiri ramai orang, kalau boleh jangan bercampur lelaki dan perempuan, takut takut perkara fitnah berlaku, contonya majlis keramaian kenduri kahwin, asingkan tempat makan lelaki dan perempuan, Alhamdulillah ada sesetengah tempat sudah mempraktikkan. Kalau orang lain tidak mahu lakukan kita lakukan sebagai permulaan. Insyallah.
Wednesday, April 28, 2010
Terima Kasih Terima Award
1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.wah...wah...wah...dapat grammy award ye...hehehe berangan je la apapun me dah copy nih award nih kat entry nih.
2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-award nih pemberian kak Shiori _la di alamat - http://shiorila.blogspot.com/
3 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
1.Abu Lugman - dikalangan bloggers
2. Abg Aji – Isteri Panggil....
3. Ayah - anak-anak panggil
4. Pak Ngah - anak2 saudara belah ana panggil
5. Pak Ngah - anak2 saudara belah Isteri panggil..
4. THING YOU DONE YESTERDAY:-
1. bangun pagi solat subuh
2. Kejutkan anak 2 mandi, solat subuh, sarapan sekali
3. sampai Pejabat pagi buat keje, ada urusan di luar…keluar
4. balik rumah jam 6.00 ambil anak Sek KAFA
5. Malam pergi Masjid atau surau dengar kuliah . Jam 12 selepes up date blog tidur
5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
1. dapat pergi bercuti bersama keluarga
2. dapat Pergi memancing , dan dapat banyak ikan
3. dapat bersantai tanpa gangguan..
4. dapat pergi kebun dengan keluarga
5. Anak anak semua Berjaya di dunia, dan Berjaya juga di akhirat
Maaf tak sempat nak Tag Sape lagi..nanti ..ye sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Bahtera Nabi Nuh ditemui
HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.
Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung. Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.
Tuesday, April 27, 2010
Allah hu Akhbar , Miracles of Quran
Tiga Cedera Kereta Dilambung Air Paip Bocor
KUALA LUMPUR - Tiga pemandu kereta cedera apabila kenderaan masing-masing melambung terkena tekanan pancutan air daripada paip bawah tanah yang pecah ketika melalui Jalan Universiti di Bangsar semalam. Tiga kereta yang berada di laluan yang sama menuju ke arah Petaling Jaya dalam insiden 4.30 petang itu tidak dapat mengelak apabila paip bawah tanah itu tidak semena-mena pecah dan mengeluarkan pancutan air yang deras.
Akibatnya, kenderaan pertama sebuah kereta Nissan Sunny, remuk setelah terpelanting kira-kira 10 meter hingga memasuki jalan bertentangan.
Dua lagi kereta yang berada di belakang kereta Nissan Sunny itu, kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback turut melambung terkena tekanan air itu menyebabkan kereta Honda terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala kereta Proton terbabas dan berpusing.
Tiga pemandu kenderaan itu, kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan akibat insiden itu di mana pemandu kereta Nissan dilaporkan cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala pemandu kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback pula dilaporkan mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, siasatan mendapati paip pecah adalah akibat tekanan bawah tanah.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som memberitahu, paip yang pecah itu terletak di bawah projek pengalihan paip oleh pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pihaknya tidak ada kena mengena dengan projek tersebut.
Monday, April 26, 2010
Sempoi ! Perkampungan Buluh Siap Tahun 2011
KUALA LUMPUR - Perkampungan Buluh yang membabitkan kos pembangunan berjumlah RM2.6 juta oleh Istana Bambu Sdn. Bhd. (Istana Bambu), dijangka siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun hadapan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mior Shariman Moksin berkata, ketika ini projek yang terletak di Hulu Klang itu telah siap kira-kira 50 peratus. "Perkampungan Buluh merupakan sebuah konsep pembangunan kampung yang lengkap dengan menggunakan buluh sebagai bahan binaan yang utama. "Konsep pembangunan ini bertujuan meningkatkan martabat industri buluh tempatan sebagai industri yang berdaya saing serta berperanan sebagai pusat sehenti industri buluh tempatan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini. Abu Luqman, kalau di kebun getah atau kawasan yang baru diterokai , pokok buluh adalah satu ancaman besar kerana ia mat sukar untuk ditebang dan dimatikan , kecuali dengan membakar dan menggunakan racun yang banyak. Alhamdulillah , tahniah kepada Encik Mior Shariman kerana begitu kreatif dalam mengguna pakai barangan daripada rumpun buluh. Ini adalah satu daripada daya tarikkan pelancung dari dalam dan luar negeri.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/Naib Canselor UUM didenda RM5,000
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.
KERATAN Kosmo! 19 April 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Pada 3 Februari lepas, Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).
Nordin yang tidak hadir di mahkamah semalam diwakili peguam K.Valen
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Sunday, April 25, 2010
Awas Anda Mungkin Di Tipu Juga ?
Semalam (Sabtu )Abu Lukman menerima SMS dari seseorang bunyinya begini .
From : Shell Tahiah anda T'lah berjaya mmnangi hadiah wang tunai dr Shell malaysia BHD siri: #82347 sila hubungi Hub Office : 013: 5471489..
Bila menerima SMS tersebut ana pun tanya kawan , kawan kata betui kut . .. kemudian ana tak puas hati terus menalipon no yang tertera di atas alangkah terkejut ..apabila orang yang jawab talipon tersebut mungkin bukan orang Malaysia sebab dialeknya semacam mat Indon je..
Mat Indon : tahniah tuan telah terpilih , seramai 30 orang, dan memenangi wang tunai sebanyak RM 10,000.
A. Luqman : Wah baguslah mcm tu..boleh beli laptop dan Iphone baru la.
Mat Indon : Boleh tuan kasi no akaun bank. ( slang indon )
A Luqman : Aih.. tak kan kut ...kalau pegawai Shell suaranya lembut pasti melalui operator.
Mat Indon : Ok kalau tuan mahu wang tunai ,bagi no akaun ye. ... tuan ada akaun bank mana
A Luqman : Saya ada akaun BIMB dan Maybank .
Mat Indon : Boleh bagi no akaun ..maybank ..kita akan masuk ke dalam akaun ptg nie.
A Luqman : Boleh tuan hantar cek sudah ok apa.. baru ada klass.. terus letak talipon
Tak puas hati ana terus call Shell hq ( KL ) komfirm .. telefon operator tu kata ini satu sindiket penipuan,,,jangan bagi dan layan....banyak orang dah kena..Macam macam kawan kawan...nak tipu orang ..style mcm ni mcm tu lah...tapi apa pun kalau orang minta no akaun bank ,jangan kasi ye.....nanti kita yang rugi..tapi A luqman ..akaun dalam bank sikit je...... Bersyukur kepada Allah kerana tidak mudah tertipu dan terpedaya.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Gambaran Tanda Tanda Kiamat Di Eropah
Letusan gunung berapi yang dilitupi ais di Iceland telah menyebabkan negara-negara Eropah diselubungi debu hitam minggu ini.
“IA sangat aneh, hanya satu kejadian gunung berapi seluruh Eropah terjejas,” kata Claire Maertens, 49, seorang pelancong Belgium yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand kerana penerbangan ke kampung halamannya di barat laut Eropah dibatalkan ekoran fenomena letusan gunung berapi di bawah glasier di Iceland.
Hakikatnya memang begitu. Kepulan debu hitam daripada letusan Gunung Berapi Eyjafjallakokull, Iceland minggu lalu itu telah meliputi seluruh langit Eropah.
Ia menyebabkan 100,000 penerbangan yang merentasi ruang angkasa benua itu dibatalkan dan syarikat penerbangan kerugian sebanyak AS$1.7 bilion (RM5.44 bilion) iaitu yang terburuk dalam sejarah.
Seramai 1.2 juta penumpang terkandas setiap hari telah mencorakkan pelbagai ragam dan huru-hara. Tidak kurang yang naik angin apabila bercerita terlepas urusan perniagaan, temu janji dan majlis perkahwinan.
Anak Malaysia yang menetap di Dublin, Ireland, Hazman Abdul Hamid, 37, merasa tempiasnya akibat letusan itu. Mohamad Ali berkata, saintis kini percaya berdasarkan kajian dan sejarah bahawa satu lagi letusan gunung berapi akan berlaku pada kembar Eyjafjallakokull iaitu Katla dan ia 10 kali ganda lebih besar.
RISIKO pesawat yang terbang dalam kepulan asap letusan gunung berapi ialah kerosakan enjin yang membolehkannya terhempas.
Bukan itu sahaja, tidak mustahil bencana gunung berapi akan berlaku di benua-benua yang lain kerana perlanggaran plat telah berlaku. Debu hitam yang berterbangan ditiup angin juga boleh menuju ke atmosfera benua lain.
“Waktu berlaku letusan gunung berapi sukar untuk diramal. Kemungkinan juga terdapat implikasi-implikasi lain daripada letusan seperti kesihatan, perubahan iklim dan pemakanan dunia. Kalau masalah jerebu di negara kita, ia mungkin boleh terpadam dengan hujan.
“Tapi di kawasan benua yang kurang menerima hujan, ia mungkin lebih sukar untuk hilang. Saintis perlu melakukan sesuatu misalnya pembenihan hujan,” katanya.
Saturday, April 24, 2010
Benarkah Pokok Bonzai Berhantu ?
Anugerah Allah .Pandu Kereta Guna Mata
BERLIN - Sekumpulan penyelidik Jerman dari Universiti Free di Jerman semalam berkata, mereka berjaya mencipta satu teknologi terbaru yang membolehkan sebuah kereta dapat dipandu dengan hanya menggunakan mata.
Seorang penyelidik, Paul Rojas dan pasukannya turut mengadakan demonstrasi teknologi kereta itu yang dikenali sebagai eyeDriver di sebuah lapangan terbang terbiar di sini.
Stering kereta itu akan bergerak mengikut pergerakan mata.
Teknologi tersebut mampu mengesan arah pergerakan mata pemandu bagi mengemudi kereta sehingga pada kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.
"Langkah seterusnya ialah untuk kami cuba memandu hampir 100 kilometer sejam namun cabaran terbesar ialah bagi mengemudikan kereta berkenaan di dalam sebuah bandar raya yang penuh dengan pejalan kaki dan pelbagai halangan lain," katanya.
Bagaimanapun, aspek keselamatan menjadi kebimbangan seperti apakah yang bakal terjadi jika pemandu mengerling seketika ke arah seorang wanita cantik atau cuba mengambil telefon bimbit yang sedang berbunyi. Bagi menangani isu itu, kereta tersebut dilengkapi dengan alat pemanduan arah global (GPS), beberapa kamera, laser dan pengimbas supaya kenderaan tersebut dipandu secara automatik. - AP
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Friday, April 23, 2010
Penyu Menangis Angkara Manusia Yang Tamak
Abu Luqman, Kelihatan penyu penyu sedang mendarat di Pantai Costa Rica, Kelihatan penduduk penduduk yang berhampiran pantai sedang mengutip telur telur penyu .Huh banyaknya telur penyu sampai bergundi gundi.. kalau di malaysia ni pasti kena tahan dengan Jabatan Perhilitan ye.. Itulah penyu menangis akibat 1. Mengeluarkan telur dari rahimya. 2. Menangis akibat bakanya tak bertambah kerana diambil oleh manusia sebagai makanan . Orang Costa Rica ooi ..ambil sikit dah le.bagilah dia biak sama..kami pun nak makan juga.. Itulah yang dikatakan " kerosakan di atas muka bumi ini akibat oeh tangan tangan manusia sendiri "
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/5 Pelajar Pondok Pakai Serban Bebas
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.
Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.
Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.
Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama. – Bernama
Abu luqman : pakaian pelajar sekolah agama memang macam tu, ikut sunah nabi, tak salah mereka memakai serban, dulu pun pak lebai pakai serban ok je.. terima kasih kepada Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat ..Takbir..Allah hu Akhbar.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Thursday, April 22, 2010
Hebat !!! Pembangunan Mekah Empat Tahun Lagi
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Saintis Bingung Ayam Jantan Bertelur
Pertukaran jantina itu mengejutkan saintis di Pertubuhan Pertanian dan Perladangan, sebuah agensi milik PBB, yang merancang untuk mengkaji DNA Gianni bagi mencari punca fenomena itu berlaku.
" Ia mungkin disebabkan gen kesinambungan hidup primitif. Selepas semua ayam betina tiada,ayam jantan itu perlu memastikan ia mempunyai baka dengan menjadi ayam betina " kata seorang pakar agensi berkenaan,Donato Matasssino. Menurutnya, ayam jantan itu akan dihantar ke beberapa makmal di Itali untuk satu siri ujian genetik dan tingkah laku. " Ujian ini akan membolehkan kami merungkai misteri DNA yang menyebabkan ayam itu mempunyai fungsi dua jantina-Agensi.
Abu Luqman. ini semua adalah kehendak Allah , kalau Allah mahukan ia jadikan sesutu ,maka jadilah ia. Kita sebagai orang Islam tak payah berfikir tentang zat Allah.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Wednesday, April 21, 2010
Posisi tidur menurut Islam dan Sains (bhg 2)
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus. Moga ada manfaat, Wallahuaqlam.
Tuesday, April 20, 2010
Posisi Tidur Menurut Islam dan Sains Bhg 1
Ų„Ų°Ų§ Ų£ŲŖŁŲŖ Ł Ų¶Ų¬Ų¹Ł ŁŲŖŁŲ¶Ų£ ŁŲ¶ŁŲ”Ł ŁŁŲµŁŲ§Ų© Ų«Ł Ų§Ų¶Ų·Ų¬Ų¹ Ų¹ŁŁ Ų“ŁŁ Ų§ŁŲ£ŁŁ Ł ...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Ų„Ł ŁŲ°Ł Ų¶Ų¬Ų¹Ų© ŁŲØŲŗŲ¶ŁŲ§ Ų§ŁŁŁ ŁŲ±Ų³ŁŁŁ
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata : ŁŁ ŁŲ§ŁŲ¹ŲÆ ŁŲ„ŁŁŲ§ ŁŁŁ Ų© Ų¬ŁŁŁ ŁŲ© Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah) (ada sambungan )
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Kompaun JPJ Naik 333 Peratus
KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.
Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.
Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.
Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000
Abu luqman : Berhati hati lah wahai sahabatku apabila memandu , semua dah naik harga..gaji kita dok tahap lama jugak...buat masa nie jaga diri dan keluarga anda la.. berhati hati dijalan raya ye, nanti kena saman tak mampu nak bayar pula.
.sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Monday, April 19, 2010
Ikan Keli Makan Organ Babi Haram
Penolong Pengarah cawangan Pemantauan Dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) Putrajaya, Mohd Amri Abdullah, berkata fatwa pengharaman itu wajar menjadi panduan kepada umat Islam bagi mengelak membeli hasil ternakan haram dimakan. Umat Islam perlu berhati hati dan mengelakkan memakan ternakan seumpama itu kerana fatwa mengenai kesahihan haram atau halal sudah dikeluarkan,” Beliau mengulas laporan akhbar baru baru ini seorang penternak ikan keli dari Kuala Selangor mendakwa ada ikan keli yang diternak oleh pengusaha bukan melayu member I makan seperti perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Encik Mohd Amri menegaskan bahawa “ Jakim hanya boleh memeriksa pengeluaran, penyediaan, pemberian makanan, penyembelihan, pengendalian , penyimpanan dan pembungkusan makanan bagi produk yang ada sijil halal adalah didalam bidang kuasa JAKIM . BH
Abu Luqman : Sebagai pembekal , peraih dan pengusaha restoran makanan , anda harus berhati hati dalam membeli bekalan ikan keli dari penternak , dan pastikan yang anda sudah tahu akan halalnya , iaitu dari pembekal dan penternak Muslim. Kerana makanan yang halal itu fardu, sekiranya kita memakan walaupun sedikitnya benda itu haram, maka dalam kaedah hukum fiqh, “ Yang Halal itu Jelas dan yang haram pun jelas “ .. fikir fikirkan lah
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Kaji Sebab Kenapa Buang Bayi
Apakah kita mempunyai sebab-sebab yang menyumbangkan kepada aktiviti ini?
Dahulu saya pernah terlintas di fikiran tentang perkara ini setelah saya menduduki kawasan New England di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1990-an. Di sana, saya berpeluang mempelajari sejarah revolusi industri bermula sekitar pertengahan abad 18 hingga ke 19.
Di negeri-negeri seperti Massachusetts (Fall River) dan Rhode Island, adalah antara tempat mula-mula aktiviti perkilangan di Amerika Syarikat.
Di situ, kedatangan beramai-ramai dari penduduk luar negara terutama dari keturunan Ireland.
Mereka datang mencari peluang penghidupan baru. Pekerja kanak-kanak dan remaja juga diambil bekerja di kilang-kilang kain ini. Di pendekkan cerita, pekerja bekerja sehari hingga 10 jam lamanya. Lagi
Sunday, April 18, 2010
Hampir Di Rogol, Maruah Terselamat !!!
Saturday, April 17, 2010
Kulim-Pelajar Sekolah DiTangkap Berbogel
Abu Luqman , macam macam budak la nie, budak student IPTA mana la pulak tu,, pasti kena buang IPT punya.. itulah kalau nak ikut nafsu begitulah jadinya.. Wahai rakan rakan ku sekelian jangan la jadi macam tu.., kasihani lah ibu bapa kite ye..
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Calon Gabenor Anjur Majlis Separuh Bogel
NEW YORK - Seorang wanita bekas pembekal teman sosial, Kristin Davis, 34, (gambar kecil) menganjurkan lelongan temu janji dengan seorang model bogel, Ryan Keely kelmarin untuk mengutip dana bagi kempen pilihan raya gabenor yang disertainya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kristin kini bertanding pada Novermber depan untuk mengisi kekosongan jawatan gabenor New York selepas Spitzer meletakkan jawatan. Wanita itu berharap, jika dipilih menjadi gabenor negeri itu, dia akan membenarkan kegiatan pelacuran dan penjualan dadah secara sah yang mampu menjana pendapatan baru New York.
Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam itu, Kristin mengubah pendekatan kempen daripada sekadar mengedar risalah politik kepada mengupah sekumpulan penari separuh bogel yang dicat dengan namanya pada tubuh mereka. - Agensi
Abu Luqman . Itu lah pemimpin barat.. kalau kita ikutkan acuan mereka beginilah jadinya. Maka ikutlah pimpinan yang diajar oleh pimpinan nabi Muhammad S .A.W
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Friday, April 16, 2010
Ikan Jerung Tukul Gergasi Diawet
SYDNEY - Sekumpulan nelayan gembira apabila mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung tukul gergasi di perairan timur Australia, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, sebelum ia dapat ditangkap, nelayan-nelayan tersebut dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan menyedari tangkapan mereka dibaham seekor ikan lebih besar.
Ikan jerung tukul gergasi itu seberat 250 kilogram dengan panjang lebih enam meter dan berusia sekurang-kurangnya 40 tahun.Namun, ikan itu telah dibeli oleh seorang pengusaha muzium tempatan, Vic Hislop setelah ia mati selepas ditangkap.
"Saya akan mengawet ikan ini dan menjadikannya bahan pameran," kata Hislop yang memiliki sebuah muzium ikan jerung di negeri Queensland.Jerung tukul yang ditemui di perairan panas di seluruh dunia merupakan spesies terancam dan kurang berbahaya berbanding beberapa jerung lain terutamanya jerung putih.Kepalanya berbentuk seperti tukul bagi membantu haiwan itu memburu mangsa dan mencari makanan di dasar laut.
Sejak beberapa tahun lalu, terdapat 33 laporan ikan jerung tukul menyerang manusia tetapi tiada insiden yang melibatkan kematian. - Agensi
Abu Luqman ; setakat ini pergi memancing , dapat ikan yu seekor berat 10 kg pun jenuh nak di daratkan , kalau besar ini,patahlah joran aku... kekuasaan Allah mengatasi segalanya..tapi yu tukul taklah garang sangat. penulis pernah jumpa ia datang tepi bot kami.. rasa seram juga la.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Tazkirah Pagi Jumaat
- Tempat buang sampah
- Tempat sembelihan ( Ayam, Lembu dan kambing)
- Di atas Kubur
- Di Tengah Jalan
- Di Dalam Tandas
- Di Dalam kandang Unta
- Di Atas Kaabah.
Abu luqman.. setengah orang memandang remeh temeh perkara ini , semua orang sudah tahu,,tapi ada juga yang tidak tahu.. salam buat semua.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Thursday, April 15, 2010
Mufti Cadang Tukar Nama Jawatankuasa Antara Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, antara cadangan nama yang dikemukakan ialah jawatankuasa itu ditukar kepada Jawatankuasa Khas Antara Kaum.
“Kita telah terangkan (berhubung jawatankuasa khas antara agama) dan mufti amat mengalu-alukan dialog dan perbincangan persefahaman ini. “Tetapi supaya tidak mengelirukan orang ramai... tidak kelirukan perbincangan dan hala tuju nanti, maka mufti mencadangkan perkataan antara agama ditukarkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan taklimat dan penerangan kepada mufti-mufti berhubung jawatankuasa itu di pejabatnya di sini, semalam.
“Hanya hal-hal untuk tujuan mempromosikan kefahaman dan perpaduan. Maknanya kalau dalam Islam tidak setuju kepada dadah... dalam agama Kristian, Hindu, Buddha juga tak setuju, jadi kita kena bincang.
Jangan Jadi Begini Ye.!! Ketagihan Internet
Petani Cipta Puluhan Robot
Yulu, 48, memiliki 47 robot yang boleh melakukan pelbagai tugas seperti melompat, melukis, minum air, menarik pedati, mengurut dan membantunya memasak.
Dia akan menyertai Ekspo Dunia Shanghai 1 Mei depan bagi mempromosi penggunaan harian lebih 30 robot ciptaannya. - Reuters
Abu Luqman : Itulah kehebatan orang kampung, walaupun sebagai petani tetapi mampu berfikir luar dari kotak.( memikirkan apa yang orang lain tak berfikir), kita bagaimana, adakah sekadar datang bekerja setiap hari tanpa berfikir tentang perkara lain.. berfikirlah kita.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Wednesday, April 14, 2010
Israel Pemilik Simpanan Nuklear Keenam Terbesar
Taman Negara lokasi Filem Lucah
JERANTUT - Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah. Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.
Abu Luqman , sebelum ini di selatan tanah air kita telah dikejutkan dengan perkara ini, maka pihak yang berwajib perlu mengambil iktibar di atas perkara yang telah berlaku serta mengambil langkah langkah yang lebih proaktif bagi menangai masalah ini. Bukan sekadar mengaut kentungan daripada hasil pelancungan sahaja. Berfikirlah...wahai teman teman.
Tuesday, April 13, 2010
Bank Diminta Kurangkan Penghutang Jatuh Muflis
Katanya, langkah penguatkuasaan itu juga akan membantu mengurangkan kes bankrap yang perlu diuruskan oleh Jabatan Insolvensi (MdI) selain meminimumkan kesan muflis kepada orang ramai. "Antara tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh bank atau syarikat ialah memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan writ menyita dan melelong harta penghutang atau memohon perintah ‘garnishee’ terhadap mereka yang berhutang," katanya kepada Berita Harian. Perintah ‘garnishee’ adalah prosedur undang-undang yang membenarkan bank mendapatkan harta penghutang yang berada di tangan orang lain menerusi perintah mahkamah.
Abdul Karim berkata, ada juga sesetengah syarikat pemberi pinjaman yang bersikap terlalu mendesak supaya jabatan menyegerakan penyelesaian hutang mereka selepas sesuatu kes bankrap diambil alih oleh MdI. Berita Harian sebelum ini mendedahkan lebih 100,000 rakyat negara ini yang diisytiharkan bankrap menghadapi risiko kekal pada status berkenaan berikutan gagal hadir untuk menguruskan kes dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Jumlah itu adalah berikutan kurang 50 peratus atau 107,205 daripada 214,410 keseluruhan kes kebankrapan yang ditadbir oleh jabatan sehingga Februari lalu, tidak dapat dikesan kerana orang yang bankrap tidak melaporkan diri untuk pengurusan kes. Abdul Karim berkata, pada masa ini isu kebankrapan tidak dipandang berat oleh ahli ekonomi walhal ia adalah antara pengukur kepada "kesihatan" ekonomi. Berita Harian
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Monday, April 12, 2010
DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER
http://www.kachipemas.blogspot.com/
Replika Kereta F1, Dibuat Daripada Roti
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...