Nuffnang

Thursday, April 29, 2010

Selesa, Selamat Dalam Koc Khas Wanita

TREN komuter yang dikhaskan untuk penumpang wanita mula beroperasi bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam.

KUALA LUMPUR - Suasana penumpang lelaki dan wanita berasak-asak menaiki komuter pada waktu puncak tidak lagi kelihatan semalam apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula melaksanakan sistem koc mengikut gender.Projek perintis di laluan Sentul-Pelabuhan Klang itu terbukti berhasil apabila 95 peratus penumpang wanita dalam soal selidik KTMB semalam menyifatkan ia berjaya memberi keselesaan serta jaminan keselamatan daripada menjadi mangsa penyeluk saku dan gangguan seksual. Tinjauan Kosmo! bersama para pegawai KTMB yang diketuai Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Kaunter, Mohd. Hider Yusoff semalam mendapati, perkhidmatan baru itu menjadi tarikan kepada lebih ramai penumpang wanita menaiki komuter. KTMB memperkenalkan perkhidmatan baru itu selepas hasil kajian mereka mendapati 60 peratus penumpang adalah wanita:

Abu. Luqman, bersyukur kehadrat ilahi akhinya cahaya ke Islaman telah sampai dan menyinari kepada pengurusan KTMB, tahniah diucapkan, Islam telah lama menganjurkan keadaan atau perkara sebegini . Dengan keselesaan Koc wanita pertama di negara kita , ini adalah sebagai titik permulaan kepada sistem pengurusan perkhidmatan pengangkutan serta lain lain perkara yang bersangkut paut dengan masyarakat Madani." Jaza Kumullah Khairan Kasira ". Islam mengajurkan supaya setiap perjumpaan yang dihadiri ramai orang, kalau boleh jangan bercampur lelaki dan perempuan, takut takut perkara fitnah berlaku, contonya majlis keramaian kenduri kahwin, asingkan tempat makan lelaki dan perempuan, Alhamdulillah ada sesetengah tempat sudah mempraktikkan. Kalau orang lain tidak mahu lakukan kita lakukan sebagai permulaan. Insyallah.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

2 comments:

KERAK NASI said...

satu cara yang bagus kan..

thumbs up utk ktm!

zd said...

terbaik!!!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung