Nuffnang

Monday, May 31, 2010

Demi Sesuap Nasi ,Untuk Mencari Rezeki Yang Halal




Hayunan langkah kaki yang tak terhenti
oleh peluh yang mengucur membasahi pipimu
kau sedia menanggug serta memukul pepohon padi di tanganmu
panas terik tak kau hiraukan, peluh membasahi badanmu

kau tetap berjalan menyusuri tiang tiang , alang kayu dan besi
demi sesuap nasi untuk anak dan keluargamu
tapi itu halal kau dapati tidak seperti mereka yang duduk di kursi empuk
kau lebih mulia daripada pengkurapsi

kau lebih berjasa dari pada manusia yang bergelumbang dengan noda
jerih payahmu begitu berarti dan itu hak mu yang kau dapati
bukan hak orang lain yang kau nikmati...
kau tidak berfoya-foya diatas penderitaan golongan marhain

kau murni mencari dengan tangan mu sendiri
kau membanting tulang dengan menebar jala demi seekor belanak
yang kau punguti untuk kau jadikan lauk...
demi sesuap nasi dan kelansungan hidup keluargamu...

Nukilan Abu Luqman 30/Mei/2010

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

4 comments:

Penulis Rindu said...

Kita mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. walaupun sedikit tetapi berkat

Rafi Harumin said...

sedar tak sedar, merekalah orang yang sebenar benar berjasa kepada masyarakat dan negara..

wallahu a'lam

Mommyyus said...

bak kata nenek yus " Duit nak bagi anak2 tu biar halal..berkat. Barulah hidup pun berkat tooW"(versi jawa)

Shannice said...

hai.. lamanya tak singgah.. hehe..
asalkan perkerjaan halal... bolehlah jadi rezeki utk menyara hidup...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung