Nuffnang

Tuesday, July 13, 2010

ESQ..Kita Perlu Akur Dengan Pandangan Majlis Fatwa


Salam buat semua,

Langkah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAWIP) mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika pelbagai cerita dan kontroversi mengenai kandungan kursus kenndalian syarikat tersebut.

ESQ diasaskan oleh DR Ari Gunanjar Agustian,dari Indonesia ,sehingga kini dilaporkan lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan. tokoh agama, korporat dan pegawai kerajaan.Penulis juga pernah menghadiri kursus kenndalian syarikat tersebut.

Panel Kajian Akidah JAKIM di fahamkan mengadakan empat mesyuarat khas pada 28 ogos 2008, 14 okt 2008, 27,28 Nov 2008 dan 10 feb 2009 bagi membincangkan isi kandongan Modul latihan ESQ. Selain daripada itu Institut Kefahaman Islam Malaysia melakukan kajian terhadap Modul tersebut pada awal tahun lalu dan berpendapat ia tidak sesuai dilaksanakan di kalangan masyarakat umum , kerana :

1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah S.W.T (al-Isthifaiyayah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah)
3. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati (conscience) adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”.
4. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
5. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis.
6. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama’ ; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadth Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi Nabi A.S.
7 ESQ Sebagai satu kursus penyucian diri dengan kenyataan moderator ESQ, pada hari ini, kamu telah dimuliakan sama seperti Nabi dan orang yang mulia : Ia mirip dengan konsep agama Kristian.
8. Pendekatan meggunakan penemuan sains bagi membuktikan kebenaran Al Quran tidak sesuai kepada umat Islam tetapi hanya sesuai kepada bukan Islam dan golongan yang tidak mendapat pendedahan agama.
9. Pendekatan meluahkan rasa hati secara histerikal, khususnya ketika memohon ampun kepada Allah dikhalayak ramai.
10. Muzik latar yang senantiasa digunakan walaupun ketika berdoa, bersujud dan melakukan aktiviti.
11. Kosnya pun terlalu tinggi antara RM 300 hingga RM 1000 seorang ,tidak mampu untuk kumpulan sasaran berpendapatan sederhana dan kebawah. Kalau penulis pun tidak mampu.

12. Adalah lebih afdal (baik) kita pergi kuliah mingguan dekat surau atau masjid dengan membuka kitab, mengadap tuan guru yang muktabar, ada tuan guru yang muktabar dekat tempat Tuan,puan carilah demi untuk habuan kita disana. kita boleh mnghadiahkan wang tersebut kepada tuan guru kita..wallah hu aklam.

Artikel ini adalah suntingan dari tulisan dari Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan) serta artikel dari yang dirujuk dari pelbagai sumber dan tuan /puan boleh merujuk dalam fatwa JAKIM, Ustaz Zaruddin.

9 comments:

Penulis Rindu said...

salam buat semua...adalah lebih mulia kita menadahkan kitab mengadap tuan guru

Hazzy Ishak said...
This comment has been removed by the author.
Hazzy Ishak said...

saya penah post entry pasal ni di blog. kes ini boleh mengelirukan ramai pihak. jgan sampai ada yang taksub sudah la.


With Love,
Gathering Geng Blogger 2010 Meriah dan Berinformasi dan Despicable Me-It's so fluffy, I'm gonna die!

miliyunir said...

ini cara baru berdakwah AL ... katanya, ada yang menitiskan air mata keinsafan di dalam program tu, kesian kat depa AL..

Penulis Rindu said...

bukan ana kata ...kita kongsi maklumat ye

Cheqna said...

Salam..,

tentunya Majlis Fatwa telah mengkaji dengan sebaik2nya sebelum mengeluarkan larangan ini..kita patut akur dan menjauhkan diri daripada terjebak dalam sesuatu yang menyesatkan atau diragui..

semoga kita sentiasa di atas jalan yang satu dalam nak menuju kepada-NYA..

Unknown said...

Betul~Quran dah cukup dah sebenarnya...tak payah la ambik sarana lain~
Latest post:Aku malu!!

YuSeNzE - KniGhT said...

hmm... aku salu jadi krew PA system utk programe ni...

no komen

selaput dara buatan said...


thanks for sharing, nice blog and article

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung