Nuffnang

Friday, July 23, 2010

Kedunguan Tak Bertepi


Gambar Hisan Je….Jangan Jadi Perangai Beruk

Assalamu'alaikum wrm.

Kadang-kadang terasa letih dgn kehidupan. Rimas dan melajukan kadar denyutan jantung.

Di sana-sini, kebatilan terserlah. Fitnah muncul dgn gayanya yg tersendiri. Dipertahankan habis-habisan.

Muncul golongan-golongan 'pembela' Islam, walhal mereka adalah kuncu-kuncu syaitan.

Ramai pula pengikutnya, kebanyakannya berlatar belakangkan Univ hebat di dunia.

Mereka cerdik di atas scroll ijazah, tetapi dungu dalam memahami ugama.

Ketika org lain sibuk mencipta fesyen pakaian terbaru, mereka ajak org lain jangan pakai seluar dalam! Lebih teruk dari kumpulan beruk-beruk dalam filem Planet Of The Apes.

Lagi memeningkan, golongan penghuni kedai-kedai kopi. Secawan kopi dan sehelai suratkhabar yg dibaca mengambil masa berjam-jam. Bercakap tentang Islam, Malaikat pun 'pening' nak catat.

Cara kehidupan mereka adalah mudah. Ada benda, ada habuan, beres!

Walau sebatang rokok.Walau sehelai kain pelikat.

Hatta, sebungkus nasi berlaukkan ikan termenung pun sudah memadai untuk mereka muncul menjadi hero-hero tua yg akan memberikan sokongan, tenaga dan pemikiran untuk meragukan masyarakat terhadap Islam.

Kitab mereka adalah suratkhabar. Apa kata akhbar, itu lah berita benar. jangan disanggah-sanggah. Sama salahnya seperti menyanggahi kekuatan dan ketulinan Hadith Mutawatir!

Dpd hujung rambut sampai hujung kaki mereka, mereka telah dijajah.Oleh pemimpin korup dan penipu.

Oleh golongan intelektual yg telah merosakkan ilmu-ilmu mereka.

Maka, hadapi mereka dgn ilmu. Nasihatkan mereka supaya memahami Islam yg tulin.

Kalau mereka berlagak dan cakap banyak, lawan mereka habis-habisan, di gelanggang mana pun.

Itulah jihad namanya. Pahala dan ganjarannya adalah Syurga.
Tazkirah Oleh : Ustaz Halim Nasir



7 comments:

Penulis Rindu said...

Kita harun menapis apa yang di ucapkan oleh orang lain...

mira_nas said...

hurm.. org2 yang begini
sudah banyak.. jadi yang sedar
apa langkah kalian?

Seindah.Bidadari said...

takutnya tergolong dalam kalangan tu..moga di jauhkan..Amin =)

terokai seni said...

bila si bodoh berlagak pandai, yang bodoh dicakap nampak macam pandai tak sedar rupanya menampakkan kebodohan

"bila bercakap rupanya bodo, kalo tak tau lebih baik diam, " (ustaz ismail kamus)

Nur Fannun said...

jgn lihat siapa yg berkata, tp lihat apa yg diperkatakannya..

JMR said...

pagi2 baca tazkirah..bersemngt kental utk hari sabtu!:-)

ASSOYFINGER67 said...

Pada Akhir zaman akan wujud ulamak2 jahat yg memilih duniawi dan memggunakan ilmu mereka untuk kepentingan dunia....disitulah pentingnya ilmu untuk menyelamatkan kita...Ilmu yang datangnya dari ulama terdahulu...ajaran sunnah...dan bukannya rujukan kitab2 moden yang meragukan.....ingatlah Ilmu Tauhid (mengenal Allah)@ sifat 20 yang ramai org mengabaikannya...!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung