Nuffnang

Saturday, July 24, 2010

Sudah Jelas Taraf Tak Halalnya,, Pi makan Lagi

INILAH kedai kopitiam yang diserbu pihak berkuasa Jakim kerana disyaki membeli ayam meragukan di Kepong semalam.

Kopitiam beli ayam meragukan KUALA LUMPUR - Sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini. Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di kopitiam itu semalam, bukti pembelian di pusat sembelihan tersebut tidak ditemui. "Dipercayai pemilik kopitiam ini telah menghilangkan bukti berkaitan pembelian daripada pusat sembelihan tidak halal itu. "Kita hairan macam mana resit boleh hilang, sedangkan pihak kami ada salinan resit pembelian ayam kedai kopitiam ini," katanya.

Nota : Surat Khabar semalam memaparkan seorang pelajar saman restoran terkenal. kerana dalam makanannya ada kaki katak..eeei ..nak makan lagi ke....sudahlah wahai teman banyak lagi kedai halal yang boleh kita makan, makanannya

19 comments:

Penulis Rindu said...

sudah tahu kedai tu bukan milik orang Islam..jgn p la

zulkbo said...

salam...
alahai..kenapalah orang kita ni yek?
macam tak ambik kesah sangat..bila dah kena baru nak kelibut..

zikrie said...

mcm klakar la plak.. a'aah.. dah tau p jgk..adoi.. ssh mcm ni

mira_nas said...

benda makan buat main2..
jadi darah daging kot..
ish2

OrenLimau said...

macam2.
x rasa loya tekak ke bila dah tahu camtuh?isk3.masalah...

Unknown said...

setakat ni sy p kdai milik islam jer..tu pn sy still tgk2 gak..tkt2 masalh mcm kopitiam tu jdik..ssh2 sgt ke msk kt umh jelh=P..lagi selamat..

Penulis Rindu said...

terima kasih semua ye

Unknown said...

dia tak tau kot
restoran tu x halal..
tu la,,asek bace majalah hiburan je..
suratkabo x nak bace,..
berita pun tak tgk..
jadi mcm tu la..

Unknown said...

seriously sampai la ni tak pernah jejak mana mana kopitiam..lebih suka mamak :)

XYZ said...

ermmmmmm ni la org yg selalu tak kisah

Unknown said...

mamak pun kalau yang amek pekerja asing,mcm nasik kandar tu memang saye tak masuk..
tak selera nak makan kat situ..
saya lebih selesa
kat restoran orang melayu je..

Penulis Rindu said...

terima kasih semua ye...

sweetsal said...

tak pernah lagi masuk rest. kopitiam, bila dgr macam ni..naik geli geleman pulak..

Mr. Asada said...

hohoho.. sekarang kena hati2 gak memilih tempat makan. isk.. yang sampai jumpa kaki katak tu yg x tahan. entah cmna la rasa makanan dia makan tu ea..

Affan Ruslan said...

huhu.
kena berhati lagi pasni.
elakkan makanan syubhah.
dah tau tak halal/ ragu2, better takyah g kot.

CITY® said...

salam,

antara sebab hati kita menjadi hitam, kejar dunia dan lupakan akhirat adalah kerana apa yg kita makan.

mmg tak dinafikan, negara kita malaysia, negara islam ke? banyak makanan yg meragukan? pelikkan.
so, disinilah kita disuruh guna akal dan hati dlm memilih apa yg kita mahu. halal atau tak kisah?

semoga tuan di rahmati allah swt selalu. amin

Penulis Rindu said...

terima kasih affan,,blucity..diana..bee ..
sweet sal

dieyna said...

nape diblurkan nama kopitiam tu.. hebahkan je terus...

raha said...

macam bangi kopitiam je. btw, bangi kopitiam memang bukan kepunyaan muslim. Ia kepunyaan usahawan cina bernama mr ooi, owner syarikat many printing di bangi (dulu dikenali sebagai dot to dot). kehadiran kids search kat situ hanyalah duta je. tapi kedai tulaa kegilaan orang melayu ...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung