Nuffnang

Wednesday, September 15, 2010

Apa yang Tinggal Selepas Hari Raya


Gambar hiasan je

salam buat semua..

Hari ini ramai dah mula bekerja ...

Ramai yang pulang meraikan hari raya secara sederhana dan ada yang secara besar besaran, terpulang kepada yang meraikan hari raya anda. bagi saya secara sederhana adalah lebih baik. Apa yang penting selepas hari raya kita bekerja dalam keadaan ceria dan mood baru..

Selepas hari raya ni ada yang telah pokai dan mula menghitung hari untuk cukup bulan..maklumlah hari raya , gaji awal..pergh nak tunggu cukup bulan pulak...ha kacau...kalau balik kampung ada hasil tak ape la..baru ni balik ke Kedah padi baru di tuai..maka ada Ibu bapa yang perihatin, menghulurkan duit saku kepada anak anak yang balik raya sebagai duit minyak untuk pulang ke bandar..

Tapi anak yang cemerlang tak kisah semua tu...dia menghulurkan wang sakunya kepada kedua Ibu bapa...tapi aku tiada kedua Ibu Bapa ku...cuma aku menumpang kasih kepada Bapa mertuaku yang telah uzur...pulang ke kampung untuk melihat bapa mertuaku yang terlantar di atas tilam..anak menantu sekadar hanya dapat berdoa semoga beliau sihat je....

Bila kita pulang bekerja maka orang tua pun akan termenung..sejenak.. terasa sunyi beliau apabila tiada lagi bunyi bising dari anak cucu yang pulang...kebanyakan ibu bapa begitulah bagi melepaskan kerinduan kepada anak anak yang telah pulang untuk meneruskan kehidupan mereka...dua tiga hari mereka akan termenung.... akhir kalam apa yang tinggal selepas hari raya hanyalah kuih raya...dan serbuk kuih raya...kantung..dah...kekeringan...makacheh ayah dan bonda..

15 comments:

Penulis Rindu said...

aruah ibu ku pun macam tu juga..dulu..beliau akan termenung 2 tiga hari..lps tu ok la..

sud@is said...

itulah lumrah alam...satu hari kita akan jadi orang yang termenung itu..betoi dak...redho ja la..

love is forever said...

dah bersedia untuk termenung di hari tua ke?

Kaseh NazLieza said...

mari kita hargai smtara masih ada..

Anonymous said...

moge2 dpt lagi ketemu raye di thn akn dtg..=)

Bb Hussain said...

tengok gambar tu pun dah buat Bb sayu..teringatkan arwah ayah.. ahh..tak sampai hati rasanya untuk tinggalkan mereka sebegitu..

Jemanberagas said...

biasa la...orang tua cuma nak anak2 menjenguk nye aje, tumpang kasih syg selagi ada umur nye...pasti dia rindu bila anak2 nye pergi kembali... lumrah alam..skrg masa dia..sok lusa masa kite lak...terima je la( nasaib aku dok dkt org tua )

yahaya said...

ye la kita pun akan hadapi saat mcm ini nanti..pada yg dekat elok la selalu datang jenguk..

Unknown said...

sdih plak aku baca entry ko ni abu...

~~su manje~~~ said...

salam...abu luqman..
salam kenal di hari lebaran dari su_manje

Anonymous said...

huhuhuhu dah nak hampir temenung jugak ni
Kritik Gambar sikit

Unknown said...

harap dgn kepulangan anak2...at least terhibur gak dorg...xdela sepanjang mase sunyi je kan...sy xnak blik ukm leh x?hehe

Penulis Rindu said...

terima kasih semua ye

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kini, byk anak2 yg meminggirkan org tua,..harap kita yg msih punya org tua hargailah mereka!!!

buat admin blog, sabar ye, semoga roh kedua2 ibu bapa anda dalam keadaan dan di samping orang beriman!!!\


sedih baca entry anda..(sedikit terusik dan membayangkan hari tua esok)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...
This comment has been removed by the author.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung