Nuffnang

Monday, September 13, 2010

4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati


PEJABAT peguam di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di Banting dipercayai milik peguam Patmanaban (gambar kecil) yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Sosilawati.

Peguam ada harta luar biasa


BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah..Sumber kosmo

8 comments:

Penulis Rindu said...

semoga polis dapat menangkap pembunuh tersebut

sweetsal said...

pembunuhan yang sungguh kejam, zalim dan tak berperikemanusiaan..

Anep™ said...

mcm2 ler jd skrg nie..hmmm

Ellen said...

Peguam yang sangat licik..aduii..apa nak jadi dgn dunia sekarang ni...

caliph shuriken said...

mmg licik pun.. mudah utk padam rekod2 jenayah sndiri kn...

Kaseh NazLieza said...

semoga pembunuh mendapat hukuman yg setimpal..

Anonymous said...

*kejam*

Penulis Rindu said...

tq semua..dengar cerita..peguam tu..mempunyai harta bernilai ratusan juta ringgit...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung