Nuffnang
Saturday, October 16, 2010
Kes bayi ditimpa siling disiasat..Macam mana ni..
IPOH – Dakwaan seorang bapa berhubung kecuaian kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Batu Gajah (HBG) dalam memberi rawatan kepada bayi sulungnya akan disiasat oleh Lembaga Pelawat kedua-dua hospital terbabit.
Ahli Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad berkata, beliau telah menghubungi bapa bayi itu, Sahmani Dolmat, 29, (gambar) semalam, bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang menimpa anaknya, Putri Nursofea Humaira, namun dia enggan bertemunya.
“Sehingga kini kita masih belum mendapat maklumat lengkap mengenai apa yang berlaku. Walaupun Sahmani tidak membuat aduan secara rasmi, kita akan tetap menyiasat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Omar berkata, sebagai Ahli Lembaga Pelawat yang dilantik khusus sebagai perantara orang ramai dengan hospital, pihaknya bersedia sepanjang masa menerima sebarang aduan.
“Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Lembaga Pelawat HRPB akan datang. Sekiranya benar dakwaan itu, kita akan memanggil kakitangan terbabit bagi memastikan insiden sama tidak berulang,” katanya. KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Pemandu rentung selepas keretanya terbakar di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur pagi tadi. - Foto PDRM PETALING JAYA: Pemandu ke...
-
Tangkap layar klip video tersebut yang tular di media sosial. PETALING JAYA – Kecekapan dan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines ...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
-
Jika niat d hati berjuang kerana Allah swt...mati shahid kerana mempertahankan tanah air tetapi jika kerana mu 1M.....jahanam....Mudah2a...
2 comments:
Kalau benar kejadian ini maka sewajarnyalah kes ini disiasat agar ianya tidak berulang lagi...
btul tu..dgr cerita penjaga tu jaga ramai ngat..8 org termasuk anak sendiri..tak sempat nak kejar kot ramai2 gitu..huhu
Post a Comment