Nuffnang

Thursday, March 3, 2011

1,086 penjawat awam muflis, Biar Betul Bro


Sebahagian dari kakitangan awam.bukan mereka.gambar google...

Biar betul betul.dan ..hati hati ye....

PUTRAJAYA - Seramai 1,086 penjawat awam di negara ini diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada tahun 2009.

Jumlah itu merupakan 1.46 peratus daripada bilangan keseluruhan 1.27 juta penjawat awam.

Sebanyak 72.74 peratus daripada mereka yang muflis adalah lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, perkara itu disebabkan mereka dibelenggu hutang yang serius sehingga membawa kepada muflis.

"Ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana masalah hutang boleh menjejaskan prestasi mereka dan jika prestasi terjejas teruk, tindakan tatatertib boleh diambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

ulasan...Ini yang paling kita takut ye...baguih puya kita amik loan atau jamin orang ..akhirnya kita jadi muflis...berhati hati ye, kawan kawan

11 comments:

abu Luqman said...

inilah yang aku selalu takut..jamin orang..dan ambil loan

CahayaCintaIlahi said...

aih.. org gov la plg sng wt pnjmn dan plg sng muflis

Puan Nurussalwa said...

erm.. tu lah.. bila bnyk sngt sistem 'hutang2' ni...

ZannaMazlan said...

ini mesti lebih kpd penggunaan credit card..huhu~~

Terkini : Tempoh saman dilanjutkan

Misz Nuriz said...

Alamak!! takutnya.. da la hutang keliling pinggang.. adoiii...

mye said...

apa yg sbnarnya trjadi pd dunia pd hari nie?..
huhu

a loqman said...

terima kasih

cik cahaya nurul ilahi
cik nurulsalwa
cik zanna
kita minta juhkan ye...

ctpayong said...

paling banyak muflis adalah kes menjadi penjamin. so kawan..berhati-hati bukan bererti kita sedar diri. jangan sampai orang lain sedap goyang kaki kita makan hati.

mereka cabut lari kita yg gigit jari byr sampai mati.

Kak Imun said...

Salam, dik luqman. Betul tu, memang ramai yg diistiharkan muflis. Klu berhutang tu, berpada2 la.....:)

abu Luqman said...

makasih

ct payung...
kak imun...

Siti Khadijah said...

sebab tu kita kena back up hidup kita, bila senang mesti amalkan juga save money, kalau nak tahu orang kaya dia kaya sebab dia lagi tambah duit

jutawan senyap,

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung