Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.
“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.
“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.
“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.
“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan. METRO
22 comments:
takkan sampai macam tu kut
Orang tu memang sakit jiwa...
Skang dah banyak sgt kes sakit mental....
makasih
Norgadis..dia dah jadi gila
oh no...seua dah gila
Astaghfirullahal'azim...
benci tengok isteri yg dah tua?? macam lah dia tu muda lagi...ekekekeke...
btk mkn benda bukan2 ni.. byk kolestrol.. hahaha
KES INI KENA RUJUK KEPADA DATOK IBRAHIM ALI(PERKASA)..........HANYA BELIAU SAHAJA YANG MAMPU MEMBUAT KOMEN DAN NASIHAT KEPADA PASANGAN INI.
alahai..mental dah tu laki die..
apple hijuu.. la manusia ni dah gile
azroy kasim..itulah akibat..macam dan mnum air ,tngkat ali la..mcm mcm
terima kasih
cik li..betul ke
budak degil..semue gile ye
marah itu api...
syaitan itu api...
tergamak sungguh pakcik tuh ~
aku rasa bkn dia yg mgamuk tu,mungkin benda laen ker sbb benci pada psgn pn slh satu tnda sihir..aku dgr ustaz ckpla..kn nk bt psgn cmtu ko kn..kn..kn..
http://akutetapaku85.blogspot.com/
makaseh manje
aku tetap aku.semoga kau mendapat suami yang baik
eii.. jahat tol.. mntk2 tak dpt la suami yang camtu..
dia(si suami) sedang tunggu gilirannya pula dipukul dan dikencingkan oleh....
wallahua'alam.
Allah itu adil lagi bijaksana.
Semoga kita dijauhkan daripada bersikap keterlaluan begitu..
rindu ahh kat kau..haha
betol2..ada gakk bace paper hari tuu..
marah marah..tak patut betol ciss hehe
terima kasih
choco
ct Payung...seoga kita mendapat petunjuk dari Allah..
terima kasih
cheqna dan budak Baik
macam-macam cerita pelik sekarang ni... :-(
ishhh mcm2 dunia sekarang ni. Ni mesti kes hidup tertekan ni
Post a Comment