MOHD. FAKRI bangga menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, tidak pernah memohon cuti sakit sejak dia memulakan kerjayanya pada tahun 1986.
"Bagi saya, cuti sakit hanya betul-betul kepada orang yang sakit dan tidak mampu bekerja sahaja. Sebab itu setiap kali doktor tawarkan sijil sakit, saya tolak.
"Biasanya, saya akan hubungi pejabat untuk ambil cuti tahun saja,'' katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Kakitangan LKTN di sini semalam.
Pada majlis itu, Mohd. Fakri yang kini Ketua Komunikasi Korporat LKTN bersama 11 kakitangan lain menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman di atas kesetiaan mereka berkhidmat lebih 25 tahun dengan organisasi itu.
Mohd. Fakri yang memulakan kerjayanya sebagai Juruteknik Pembangunan Kawasan LKTN pada 1986 juga bernasib baik kerana selama tempoh perkhidmatannya, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk dan tidak pernah dimasukkan ke hospital
"Mungkin amalan penjagaan kesihatan yang saya lakukan turut membantu, misalnya tidak minum air sejuk dan tidak menghisap rokok,'' katanya.
Tambahnya, selepas menerima anugerah itu, dia kini berazam untuk cuba mengekalkan prestasi itu sehinggalah pencen pada usia 58 tahun nanti.
"Biarlah jadi sejarah sendiri buat diri saya. Saya ada tempoh 10 tahun lagi sebelum pencen dan kalau boleh saya akan cuba bertahan untuk tidak memohon cuti sakit.
"Mungkin saya boleh menjadi salah seorang penjawat awam di negara ini yang tidak pernah memohon cuti sakit sejak bekerja sampai pencen,'' katanya. KOSMO
Hebatnya dia..kita ni kalau dah mai penyakit segan habis...tak sakit pun ambil MC ye...huhu
17 comments:
tahniah kepat En Fakri..kerana tak pernah ambil MC selama 25 tahun bekerja
whoa!msti org kuat smngat nih..
hebat nye pak cik ni...mmg bukan jenis org yg suka ambil kesempatan...
-Yok mampir diluk = kenapa kaki judi tak sokong pembangkang...
makasih Cik Teddy
Blok Anak jawe
Encik Fakri bertuah kerana dikurniakan kesihatan dan etika disiplin yang baik....:)
wah beruntung nye dia dapat kesihatan yg x mengganggu kerja
yelah...kesihatan dia baik kan
wow!..
mmg bagus dapat pkerja camni..
suami saya dapat cuti sakit pergi kerja juga,marah juga dibuatnya.Sebab dia memang sakit.
Sihat betul badan dia...
Air Asia diarah bayar ganti rugi
Gajah Sama Gajah Bertempur,Kancil Tersepit Di Tengah Tengah
bagusnye pakcik ni..mesti bonus dia banyak..
ambo hok kelas jare2 skali pon ponteng sokmo..tahniah la ko pokcik.. ambo neh bilo nak rajin g kelas xtaw.. :D
sihat betul dia..kalau org lain sakit sikit mesti cari mc dah hehe
tahniah!! :)
Benar2 hebat orang ini, memang layak untuk diberi penghargaan oleh perusahaan ia bekerja.
terima kasih ye..
itulah salah satu hikmah kalau tak hisap rokok.. alhamdulillah.. dia dikurniakan tubuh badan yg sihat :)
Post a Comment