Nuffnang

Saturday, August 6, 2011

Wanita Pertama Kena Tangkap Tak Puasa Di P.Pinang


BUTTERWORTH: Seorang wanita dan dua yang lain telah ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam secara terbuka pada bulan Ramadan.

Wanita tersebut seorang pekerja kilang memberi alasan 'datang bulan' kerana tidak berpuasa dan menjadi wanita pertama yang ditahan kerana tidak berpuasa di negeri ini tahun ini.

Bagaimanapun, wanita tersebut sebenarnya menipu dan akhirnya mengaku kepada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bahawa dia sebenarnya tidak berpuasa kerana lapar.

Namun begitu, wanita tersebut dan yang lain ditangkap bukan kerana tidak berpuasa tetapi kerana makan di tempat awam pada bulan puasa.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan, Jaafar Ismail berkata, tiga orang yang ditahan itu didapati sedang makan di bawah Jambatan Pulau Pinang, Prai, pada lebih kurang jam 2.30 petang Sabtu.

“Walaupun mereka sedang menikmati makan tengah hari di bawah jambatan tetapi aksi mereka dengan mudah boleh dilihat oleh orang awam,” tegasnya.

Jaafar berkata, kakitangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam sering kali membuat rondaan di bawah jambatan tersebut kerana ia telah menjadi lokasi popular untuk mereka yang tidak berpuasa makan di siang hari.

Katanya, ketiga-tiga mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

16 comments:

Penulis Rindu said...

semoga menjadi iktibar kepada semua

yaya | mohd said...

haihh..da tak pasal2..
dunia2..

Cik Kay Jue said...

he... ape la.. buat malu jer..

raziellia said...

bt malu saja.. kalau nak buat alasan dtg bulan pon agak agak la kan.. dah nama pon bulan posa org yg dtg bulan pon mana bole makan kat tmpat umum.. alasan tak bole pakai betul.. kan kantoi

Kak Mahh said...

Apa perasaan mereka ketika makan tu?? Seronokkah mereka rasa kerana ramai yang memandang...or..memang sengaja nak menunjuk! Pelik sungguh tiada MALU.

a loqman said...

itula..kalau nak makan juga ..beli bungus makan kat rumah je..

Rain said...

bulan puasa, kena hormat..

lagi suka kalau polis2 tu tangkap org2 laki yang tak puasa. berduyun2 kat sini. sakit hati aku tgk.

xmalu!

nuf4u said...

apa la pompuan tu..x malu ke....hehe

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Semoga ini menjadi iktibar kepada kita semua.... Hormatilah Bulan yang mulia ini.... Semoga wanita itu insaf dan tidak akan mengulangi kesalahannya itu lagi di masa-masa akan datang.

Anak Wak Mail said...

ape la nak jadi..memalukan sungguh

Eye_nee said...

Geram jer baca..tak tau malu dan tak ada rasa takutkan Allah agaknya...

Unknown said...

kantoi

Yana Farinha said...

hye. nice blog.. dah folo awk. jom singgah blog kita. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com

umiawadah said...

mengalahkan budak usia 5 tahun...budak-budak pun leh tahan puasa..ish...berita yang memalukan masyarakat Islam...

Nur Fannun said...

perempuan pun kena tangkap ke, baru je siang td sembang pasal xda pmpuan kna tangkp tak pose aleh2 ade pulak.

iLiAiSyAhkaDir said...

malu jaa

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung