Nuffnang

Tuesday, December 13, 2011

Kuala Lumpur lumpuh akibat banjir kilat







Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu. Malaysiakini

8 comments:

Pondok Usang said...

wahh.. teruk juge banjir di kl tadi..
otw balik tadi pun ade pokok2 tumbang..

Unknown said...

nasib baik sy blk awal..

a loqman said...

wat cam mana ye

Haw said...

apa lah nasib kengkawan aku yg kerja kat area tuh.. selamat ke tak kreta dorang

Unknown said...

Kesiannya mereka.. :(

Nuff4u said...

semoga pihak yang terbabit dapat memikirkan ..bagamana hendak mengatasinya

$3mb@lut said...

lpas ni bnyk pulak keta 2nd hand kt used car..mau dok perati elok2 laa

♥ Nana BamBam ♥ said...

sedih melihatnyer..dugaan betul..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung