Nuffnang
Friday, December 30, 2011
MPAJ tak sedar wujud tarian tiang
Ini gambar lelaki, tapi yang menari tu Perempuan ye...hehe
KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini.
“Daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh bahagian penguat kuasa MPAJ sebelum ini, kami tidak pernah menyerbu mana-mana premis pusat hiburan yang menjalankan kegiatan tarian tiang.
“Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit,” katanya.
Oleh itu, menurut Norhayati, pihaknya memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.
“Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah.
Norhayati berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam yang mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.
Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Mohd. Yusri. IPOH – Polis Perak meningkatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan di Pengkalan Hulu, Hulu Perak dalam usaha menahan susp...
-
AZHAR menunjukkan kad-kad raya ciptaannya di Kampung Seberang Pekan, Baling semalam. BALING – Seorang lelaki, Azhar Jaafar, 49, berkata, d...
-
Sebuah syarikat di China menyusun wang RM38.28 juta sebelum diagih-agihkan kepada pekerja. - Foto SCMP Composite BEIJING – Sebuah firma Ch...
-
Dulu Pejuang Parti Islam sekarang hh,,,mmm Tak mau cerita pasai Nasarudin Mat Isa sebab aku tak kenal dia tapi nak cerita pasai orang...
8 comments:
ini gambar lelaki ..kalau pompuan kacau hampa tengok nu
mbaj kena buat tinjauan rapi lg la pasnie..hehe..
MPAJ? ermm tak heran dah.. jgn kata tarian tiang, tarian depan tiang pun depa dok tk nampak
dok di pejabat je sbb tu jadi mcm tu
inilah yang dikatakan makan gaji buta...duit nak lebih...kerja bila orang tegur baru nak buat...
nama pon makan gaji buta....haih..
haha makan gaji buta ye
Tarian tiang lelaki?
Rasanya x de orang yg nk tengok...
Post a Comment