Nuffnang

Tuesday, December 20, 2011

Potong hidung, bibir isteri..apa la nak jadi nie


ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.

Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.

“Ghulam memotong hidung dan bibir isterinya sebelum melarikan diri,” kata Nadir Khan, pegawai pentadbir daerah Musa Khel yang terletak di wilayah Baluchistan.

“Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya,” kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.

Menurut Nadir, pihak berkuasa kini berusaha mennangkap Ghulam.

Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mendesak supaya tindakan diambil terhadap kes itu.
Bagaimanapun, kebanyakan kes membabitkan keganasan terhadap wanita di Pakistan terlepas tanpa sebarang hukuman dikenakan terhadap pesalah.

“Ibu bapa si isteri membawanya ke hospital di Multan dan mangsa dilapor selamat,” kata Penolong Pesuruhjaya di Muhsa Khel, Aftab Hasnain.
Rangkaian televisyen Express menyiarkan rakaman gambar Salma terlantar di hospital dengan hidung dan bibirnya berbalut.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, wanita Pakistan berdepan dengan diskriminasi, termasuk keganasan rumah tangga dan pembunuhan ‘menjaga maruah.’ - AP..METRO

10 comments:

Norgadis Labuan said...

Kurang kasih sayang, akhirnya sakit jiwa...

umiawadah said...

dah tak tahu nak cakap apa dah...dah macam-macam anggota badan di potong...dengar berita macam ni sedih rasanya...lepas ni apa lagi yek..

Penulis Rindu said...

kesian ye..orang pompuan la ni

kpah k-poh Sharifahnor said...

kes naya nih...

Tyra Lullaby said...

hurm, kesianny laaa. baek takpayah kahwin kalau kejam macam neh. seram >.<

Unknown said...

dasyatnya..

misyamissyou said...

ya Allah menghabiskan mase dgn ibu bapa je pun kalau ngan laki lain tu xde la heran sngt..ishh manusia kalau dah hilang pertimbangan cm ni le

Rafi Harumin said...

Astaghfirullah...

Tidak sanggup dan tidak tahan dengan berita-berita sebegini.

nuriz said...

sangat kejam

Penulis Rindu said...

manusia dah jadi gile ye

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung