Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, May 31, 2011

MAIJ Dedah Bir 'Halal' Esok - Pengarah JAIJ


PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan mendedahkan jenama bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya tetapi didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak pada Selasa.

Ujian makmal oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini mendapati kandungan alkohol bir halal itu adalah sebanyak 0.5 peratus.

Ia jauh melebihi 0.01 peratus yang dibenarkan syariat Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam makanan serta minuman. Jumlah alkohol dengan kuantiti itu, menurut ulama, boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Elias Hasran berkata, pihaknya menyerahkan kepada MAIJ untuk mendedahkan jenama berkenaan yang selama mengelirukan umat Islam.

"Minta maaf. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa. Biarlah Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Othman mendedahkan apa-apa esok (Selasa)," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Zainal Abidin juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu difahamkan banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

Ekoran penemuan tersebut, JAIJ kemudian memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, Jakim bersama majlis-majlis agama Islam negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

Tambahnya, pihaknya turut akan merujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih jelas.

Lori 'ditelan' lubang besar


SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China.

CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.

Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.

Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.

Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.

Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. .

- Agensi

Saturday, May 28, 2011

Gempar....Pelatih PLKN lahir bayi ditahan

Sumber...Gambor Hiasan Google...

PASIR MAS – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cancun Park dekat sini ditahan kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya yang baru dilahirkan di belakang sebuah asrama kem latihan itu semalam.

Remaja berusia 18 tahun itu difahamkan mendaftar untuk menyertai program latihan tersebut pada 15 Mei lalu bagi menjalani latihan siri kedua.

Dia ditahan sepasukan anggota polis sebaik mayat bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dan masih bertali pusat itu ditemui terbiar di belakang sebuah asrama di kem latihan itu pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, pelatih PLKN itu kemudiannya dihantar menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my..OSMO

Salam buat semua..seminggu ini saya cuma masuk N3 sahaja..tak dapat balas..nanti selepas..tugasan selesai Insyallah saya balas.


Wednesday, May 25, 2011

Berani Ke Cat Kedai kamu Macam Nie

Ni bukan kt Malaysia. Tapi kt Mansurah,Mesir... ^_^
LePas ni nk mintak 'ammu ni tambah lg lah kt bawah tu..tulis plak,"Al Hizbu Al Islamiy bi Maliziya" ^_^

Terima kasih kepada yang ahntar email..kalau kat Malaysia boleh...tapi takut ada orang buat kelakar pulak ye...hehe

Monday, May 23, 2011

Pantun Yang Membawa Kepada Kerosakan


Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Sayang Kekasih hamba turutkan....

Nota Pantun di atas membawa maksud yang merosakan muda mudi masa kini, mana tiadak.. buang emak buang saudara, sayang kekasih hamba turutkan...akhir sekali..buang anak ..huhu

Pantun Kedua
Kalau Roboh Kota Melaka
Papan Di Jawa Hambaa dirikan
Kalau Sunggoh bagai Dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan

Mana tidak rosaknya...badan dan nyawa diserahkan...habis lah lingkup...punah ye

Saturday, May 21, 2011

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang


GEORGE TOWN – Pengguna beragama Islam di negeri ini dinasihat berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini.

Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya.

Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

Wednesday, May 18, 2011

Mahu kah anda..menjadi juru foto..Amil gambar Gunung Berapi


IMEJ Skarphedinn Thrainsson dirakamkan di sebuah gunung berapi yang meletuskan lavar.


Bertaruh nyawa rakam imej letusan gunung berapi

REYKJAVIK - Seorang jurugambar Iceland, Skarphedinn Thrainsson mempertaruhkan nyawanya untuk merakamkan gambar letusan kawah gunung berapi di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Berada dekat dengan aliran lahar mencecah suhu 1,000 darjah Celsius menjadi perkara biasa buat dirinya untuk membuat rakaman gambar letusan gunung berapi yang menakjubkan.

"Anda merasa amat kecil dan lemah apabila berada berhampiran sebuah gunung berapi," kata jurugambar berusia 39 tahun itu yang pernah dihujani abu panas semasa dia merakamkan imej letusan gunung berapi.

Dia pernah merakamkan gambar menakjubkan semasa gunung berapi glasier Eyjafjallajokul di Iceland meletus pada tahun lalu. - Agensi

Kalau aku tak sanggup....mak oooiiiiiii

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Salam buat semua..

Hari Ini saya nak ucapkan selamat hari guru, kepada semua guru guru yang ada di Malaysia nie.
Saya mohon ampun dan maaf semasa masa belajar dulu saya nakal, pecahkan cermin lah, tumbuk kawan , buat lawak pada cikgu, kaki bisingla,, dan bermacam macam lagi. Berkat dengan tunjuk ajar cikgu dan selalu kena rotan saya menjadi seorang insan yang berguna..Syukur kehadrat ilahi..

Kalau cikgu nak tahu dulu cikgu kata saya tak boleh masuk U, Syukur cikgu saya dah berjaya , walaupun dulu saya malas belajar, tapi selepas bekerja saya belajar dan dapat masuk Universiti. Terim Kasih Cikgu.. semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa mu cikgu...muahhhh

Saturday, May 14, 2011

Pantau peniaga cekik darah


ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kiri) tertarik dengan aksi pembuat teh tarik popular, Mior Sazali Mat Ali di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja.

“Contohnya, harga secawan teh dan kopi cuma naik 0.4 peratus. Jika peniaga menaikkan harga minuman itu sebanyak 10 sen di kedai, kita boleh ambil tindakan undang-undang.

“Jika ada laporan mendapati mereka mengenakan harga tidak masuk akal, tindakan tegas akan diambil,’’ katanya.

Yang hebatnya..tukang buat teh tarik tu la...sempoi tu...

Wednesday, May 11, 2011

Bila sampai Ke Tahap yang Malas


Salam buat semua,

Itulah lumrah dunia, kadang kadang kita rajin dalam berblogger, dan satu ketika pula kita sampai ketahap yang malas untuk berbuat demikian.

Ketika ini aku sampai ditahap malas dalam segala galanya...nak Blog walking BW) pun dah malas..dulu boleh sampai 400- 800 Page view sehari purata... sekarang ini sekadar 200 hingga 350 je..itu pun membalas Bw dari kawan kawan..itulah..bukan sebab apa , ada dua tiga perkara yang lebih penting perlu aku siapkan.. ,maka aku ikutkan yang mana perlu aku utamakan..

Kadang kesian pada rakan blogger , kerana aku lambat membalas , maaf ye..Siang bekerja.. sebelah malam pula sebuk dengan perkara yang lain. . Penulis berharap kawan 2 faham ye... idea pun terbeku sekejap ni... selepas bulan jun atau julai ok kut..hehe. ok I love u all..muahhhhhhh.

Monday, May 9, 2011

Hebatnya depa :Tangkap ikan dengan tangan

Tangkap ikan dengan tangan


SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan dengan menggunakan tangan di Tasik Xiannv, China baru-baru ini.


TASIK XIANNV, China - Sekumpulan nelayan tidak menggunakan pukat untuk menangkap ikan tetapi hanya menadah tangan bagi mendapat haiwan itu di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Keadaan itu berlaku kerana musim panas yang melanda di wilayah Jiangxi sekali gus menyebabkan paras air menjadi cetek, baru-baru ini. - Agensi

Kalau macam ni di Malaysia Syoknye..aku..belambak Ikan boleh di tangkap ye

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu

Ibu Dari Google

Bonda

Artist: M Nasir
Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

Beruntunglah mereka yang masih mempunyai Ibu, Namun kini aku telah kehilangan ibu yang tercinta 20 tahn yang lalu, pada ketika ketiadaan ibu kami hidup sekeluarga bersama adik dan abang untuk meneruskan hidup ini, Ayahku telah lama pergi meninggalkan kami, namun berkat kecekalan yang ditinggalkan ibu, kami semua berjaya dalam hidup ini.. Ya Allah kau terimalah doa kami dan sedekah Al Fatihah kami kepada kedua Ibu Bapa kami...semoga roh mereka di tempat orang orang yang soleh....amin...

Nukilan Abu Luqman ..dikala teringatkan Ibu ku...

Wednesday, May 4, 2011

Elaun Bilal, Siak Di P. Pinang Naik 80 Peratus

GEORGE TOWN: Kira-kira 800 bilal dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.

"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000. -BERNAMA

Tahniah.tak terfikir kita kerajaan baru perihatin dan menghargai akan .ugas tugas yang telah di laksanakan oleh bilal dan siak.. yang selama ini ada duit tapi tak kasi pun..huhu

Monday, May 2, 2011

Osama Laden mati dibunuh Amerika...

Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama.

NONEWartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.

Osama dilaporkan dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agama di luar Islamabad.

US soldier Taliban hostage AfghanistanTentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New York dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Sementara itu, Reuters melaporkan doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya.

Ayman Al-Zawahri bakal ganti Osama

Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej- mesej video.

al qaeda ayman al zawahiri pc on obama 200409Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan.

Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI.

Kedua- dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September.

Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai “house Negro”, istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih...Malaysiakini

Sunday, May 1, 2011

Kami bersyukur dilahirkan sebegini.. semuanya ..anugerah Allah


salam buat semua..

Baru baru nie penulis telah melihat rancangan ..sambutan kanak kanak Istimewa..se dunia yang di adakan di Johor Baharu.. Apa yang terkesan dalam rancangan tersebut ialah.. wajah wajah mereka semuanya hampir serupa...dan gelagat mereka berjaya mencuit hati..

Dalam pada itu..mereka dilahirkan kedunia ini.dalam keadaan sebegitu...bukan kehendak kami, ini adalah anugerah Allah. Namun sedemikian ibu bapa yang menjaga serta mendidik mereka lebih maklum akan susah payah mendidik mereka. malah kadang kadang melayani kerenah mereka,

Anak anak Istemewa ini perlukan kasih sayang dari ibu bapa, kekdang mereka tidak dapat menguruskan diri mereka sendiri. Malah masyarakat perlu faham akan kedudukan mereka yang serba kekurangan. Yang paing menyedihkan , kadang kadang mereka ni diejek dan dikata kata dengan kata kesat oleh rakan sebaya...di harap masyarakat akan memahami mereka ya.. akhir kata... " Kami dilahirkan adalah anugerah Allah, bukan kami pinta untuk sebegini , fahamilah akan diri kami "

nukilan ABu Luqman......dikala sepi...

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung