Nuffnang

Tuesday, January 10, 2012

"Kalau Ada Emas Orang Di Jalan Mewah Dah Lama Hidup Mewah" - Penduduk


Orang ramai masih mencari batu-batu yang dipercayai emas di Jalan Mewah, Kg Melayu, Johor Bahru pada Selasa walaupun ia telah disahkan sebagai bukan emas. - Foto ABDUL RAHMAN EMBONG/ The Star.

JOHOR BARU: Walaupun para pakar telah mengesahkan bahawa bahan mineral yang berkilau keemas-emasan yang ditemui dengan banyaknya di Jalan Mewah, Kampung Melayu di sini sebenarnya bukanlah emas tetapi itu masih belum cukup untuk menghalang orang ramai daripada terus menyerbu untuk mencari 'logam berharga' tersebut.

Malah, jumlah yang datang semakin bertambah setiap hari dan mula merimaskan para penduduk yang mendiami sepanjang Jalan Mewah di kampung berkenaan.

Jalan Mewah telah menjadi perhatian ramai di bandar ini selepas pertemuan apa yang didakwa sebagai emas sekaligus mengundang para 'pencari emas' ke kawasan berkenaan sejak lima hari lalu.

Seorang surirumah, Mutiara Hamid, 48, berkata, dia masih belum berputus asa yang dia akan menemui emas walaupun batu-batu yang berkilau yang telah dibawanya ke kedai emas disahkan bukan emas yang sebenar.

"Tukang emas itu memberitahu saya bahawa batu-batu yang saya bawa itu bukan emas dan saya berasa sedikit kecewa tetapi saya masih belum berputus asa dan akan terus mencari sehingga saya temui emas," katanya.

Seorang penduduk tempatan, Shukor Johari, 42, pula berkata, jumlah pengali emas yang semakin bertambah setiap hari telah mendatangkan masalah kepada orang ramai.

"Mana ada emas di situ...jika ada emas sekali pun semua orang yang tinggal di Jalan Mewah dah jadi mewah dah sekarang," ujarnya.

Kata Shukor, mereka menerima bantuan peruntukkan untuk melebarkan jalan dan perparitan daripada ahli parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Abdul Samad tiga minggu yang lalu dan akibat aktiviti cari gali ini habis jalan itu semua dirosakkan oleh mereka yang datang menggali emas.

Dalam pada itu, seorang tukang emas, Eric Wong, 55, berkata, tiga orang telah berkunjung ke kedainya sejak beberapa hari lalu dan mahu menjual apa yang mereka dakwa sebagai emas.

"Tetapi saya dapati, ia bukanlah emas tulin dan tidak mempunyai apa-apa nilai komersial," kata Eric.

Pengarah Jabatan Geosains dan Mineral Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, apa yang ditemui di Jalan Mewah itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral "pyrite" atau besi sulfit.

"Batu-batu ini juga dikenali sebagai emas palsu kerana warnanya yang berkilau keemas-emasan dan ramai yang tidak ada pengetahuan mengenai bahan mineral akan menyangka apa yang mereka temui itu sebagai emas," kata beliau.

12 comments:

Penulis Rindu said...

kalau ada emas aku pun mau korek ye

thomas said...

dulu saya pun ada simpan seketul,peninggalan atuk saya,di panggil 'fool's gold',he!he!

♥ Nana BamBam ♥ said...

emas hanya berada di bawah tanah yang dalamnye hampir ke perut bumi..errr yeke..ntah...saya main cakap jer..hahahahaha..

kaklong said...

kampung melayu majidee ke?

umiawadah said...

tabiat orang kita...gini lah..tidak mudah putus asa...

Unknown said...

tertipu.. :)

a loqman said...

hehe..kesian orang melayu..kerana kemiskinan lah tu

nurmisnan said...

hmmmm... semangat kesukanan emas.. Lama aku tak kesana.. tak sangka pula ada kes begini. Tak pasal2 jalan tuh teruk di kerjakan mereka..

Teringat kes di Congo, budak kecil tersepak batu dan tiba2 berkilau.. rupanya diamond sebesar buah duku..

Nizam Awang Brahim said...

Orang situ buat tak kisah pun rasenye...

EyA edamanhatiku said...

biasa dengar hujan emas p kali ne emas jalanan pulak hehe macam2 dunia ne

Rare and Collectables said...

takper..bleh simpan buat koleksi... ;)

naiemah_ramli said...

simpan je lah "emas" tu jwbnya..huhu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung