Nuffnang

Thursday, January 12, 2012

Kenapa Malaysia Menjadi Pusat Transit dadah ?



Baru baru ini Lima juta pil syabu bernilai 630 juta ringgit dirampas Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia, malam tahun baru lalu.

Dengan berat lebih 900 kilogram, jika diproses semula, ia boleh menghasilkan 80 juta pil.

Sekaligus rampasan terbesar dalam sejarah.

Ketua Penolong Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan 8-30 malam 31 Disember lalu.

Pasukan khas ditubuhkan, telah mengekori sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki suspek dari plaza tol Bukit Raja di Klang.

Ia selepas maklumat orang awam memaklumkan, kenderaan berkenaan membawa barang larangan.

Setibanya di susur keluar plaza tol Bukit Tagar, pemeriksaan dilakukan.

Hasilnya 50 kotak mengandungi lima ribu botol pil jenis syabu ditemui.

Dua lelaki tempatan dan masing-masing seorang warga Singapura serta Taiwan turut ditahan.

Semua mereka berusia antara 40 hingga 50 tahun.

DATUK ZAINUL ABIDIN TAIB / Ketua Penolong Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

"Kita percaya memang ada sindiket yang terlibat kerana jumlah dadah yang dibawa masuk begitu banyak. I think this is the biggest so far in the year of 2011. Kita masih lagi menjalankan siasatan daripada mana sebenarnya ia dibawa masuk".

Dalam satu lagi rampasan berasingan, 10.2 kilogram syabu dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 8-45 malam 1 Januari lalu.

Tiga lelaki baru tiba dari negara Eropah.

Sebaik bagasi mereka diperiksa menggunakan mesin pengimbas, terdapat imej mencurigakan dikesan.

Siasatan menemui 3.4 kilogram syabu disorok dalam beg mereka.

Ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari.

Kes disiasat mengikut seksyen 39-b, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kita pun Hairan Kenapa Malaysia Jadi Pilihan untuk transit Dadah ?

8 comments:

CikTeddyCorner said...

hmm..xtau nk jwb..

Penulis Rindu said...

kita hairan ye

@apikoss said...

rmai org mlysia jd keldai dadah

Seri Bahasa said...

mengejar harta dunia ni kadang buat orang lupa diri, betul atau salah kira sama...tak ingat hukuman...

Penulis Rindu said...

itulah nak cepat kaya

The Fakhirin said...

malaysia kn HUB kepada segala kapal lalu lalang...if org mesia xmkn rasuah, bnda ni xkn jadi...if ramai yg makan rasuah...maka, terjadilah bnda camni..

Diari Si Froggie said...

orang malaysia nie kena kejutan dunia moden kot..hehe.

kuantan4u said...

Lokasi gerbang geografi mudah buat tranksasi..lol
salam dari kuantan

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung