Nuffnang

Saturday, January 14, 2012

‘Pernikahan Orkestra’ Hanya disentuh 2 kali setahun


KUALA LUMPUR: Seorang isteri kedua menjadi mangsa ‘pernikahan orkestra’ yang dirancang dengan sempurna oleh suaminya termasuk majlis kenduri, sebelum dia digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu.

Wanita berusia 31 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, sebelum berkahwin mereka berdepan masalah kerana suaminya tidak mendapat persetujuan isteri pertama.

“Jadi, perkahwinan kami tertangguh hampir setahun. Namun, tiba-tiba muncul seorang lelaki dan memberitahu dia mengenali jurunikah yang boleh menikahkan kami biarpun tanpa keizinan isteri pertama.

“Kami bernikah pada pertengahan 2007 dengan jurunikah dan saksi disediakan kawan suami saya dan majlis berlangsung meriah siap dengan kenduri,” katanya.
Bagaimanapun, kata Farah, tembelang suaminya menggunakan sindiket jurunikah palsu untuk urusan perkahwinan itu terbongkar selepas dua bulan berkahwin apabila dia mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.Harian metro//

8 comments:

Razif Redz said...

ini pun boleh berlaku

naiemah_ramli said...

adoi la..
bhaya jga ek..huhu...

a loqman said...

la ni macam macam ye

Nizam Awang Brahim said...

Kes naye ni...

misyamissyou said...

eeee teruk betul la skrg ni..mcm2 je..

a loqman said...

cian dia ye

thomas said...

orkestra ni mesti ada pakai konductor yg berpengalaman.

Unknown said...

Dah takdir kene macam tu,terima je la.sebab tu ada betulnye kene mintak izin isteri pertama. supaya tak menyesal di kemudian hari kalau jadi benda macam ni.

Post terbaru: Tawarkan seks untuk nugger ayam McD

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung