Nuffnang

Wednesday, April 4, 2012

Ezany Mahu Berhenti Berlakon Kerana Kilang Kicap, Belacan

Ezany Nizariff. Foto SHAARI CHEMAT
PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff berhasrat meninggalkan dunia lakonan dalam masa dua tahun lagi untuk memberi tumpuan terhadap dunia perniagaan yang diceburinya.
Ezany yang memiliki kilang kicap dan belacan menggunakan namanya sendiri berkata, sudah tiba masanya dia mengurangkan kesibukan kerja lakonan kerana dunia perniagaannya semakin maju.
"Alhamdulillah, pergerakan perniagaan saya di landasan yang betul, begitu juga dengan tawaran lakonan yang diterima.
"Cuma, apabila melakukan dua kerja pada satu masa, ia agak memenatkan. Mujurlah isteri saya membantu mengendalikan perniagaan saya itu.
"Oleh itu saya membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonan dalam masa dua tahun dan selepas itu mungkin saya terus berhenti menjadi pelakon," katanya.
Ezany yang juga mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu “Grassjeans” turut merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya ke luar negara tidak lama lagi.
Dalam pada itu ramai tidak menyedari dia turut mengembangkan kerjaya lakonannya di negara seberang, Indonesia.
"Sebenarnya, saya mula mencuba nasib kerjaya lakonan di pasaran Indonesia sejak tahun 2005 lagi dan Alhamdulillah sudah banyak sinetron yang telah saya lakonkan.
"Malah, pihak produksi di sana memberi peluang kepada saya berlakon menggunakan Bahasa Malaysia selain meminta saya mendalami Bahasa Indonesia bagi memudahkan saya melibatkan diri dalam produksi negara itu.
"Bagaimanapun, saya tidak begitu fokus di pasaran Indonesia kerana seperti yang saya katakan tadi, kerjaya lakonan saya mungkin tidak akan lama," ujarnya.
Sehingga kini Ezany pernah muncul menerusi sinetron berjudul Soulmate, Kirimkan Kata Cinta, dan Cinta Buat Sasha.

7 comments:

L said...

bagusla bila dah berenti. huu.. waaa. xtahu pun dia ada kilang..=)

jom tambah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/04/kalau-lah-kita-faham.html

a loqman said...

9/10 dari punca pendapatan adalah dari perniagaan

anie said...

bagus la tumpukan penuh perhatian pada perniagaan

Cik Senyum ツ said...

Alhamdulillah la kalau brhenti. cari rzeki d bdang perniagaan lbeh baik dr bdang lakonan tu :)

umiawadah said...

apsal tak pernah jumpa kicap ngan belacan jenama dia...jual kat ne ha?

eLL said...

kat giant ada belacan izany...pernah nampak kat giant gombak tp skrg tak tahu ada lg ker tak

a loqman said...

aku pun so far tak pernah jumpa lagi kat Penang ni..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung