Nuffnang

Wednesday, May 23, 2012

Berita Terhot Pagi Nie..Panas Panas.. Kerajaan DAP P.Pinang Anti Islam ? Ye Ke !!! Jom Usar


Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008.  Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar ‘Ceti’ dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang ‘menumpang’  di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu,  berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Saya  perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) …………..RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)……………RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)……………RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)……………RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)……………RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)………….TIADA
Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00
Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00
Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00

5. SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun bermula  tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)……….TIADA
Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH  DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.
rencana Dari sahabat  Kuda Ranggi..

Nota : Bukan nak bodek , penulis  dok di Penang kita tau, apa yang berlaku, malah Abu Luqman pun pernah terima bantuan RM 300, bumbung kena ribut tahun 2009.. dan banyak lagi perkara akan di seritakan di blog ini..tungguuuuuu..... kita buat keja je..

17 comments:

Penulis Rindu said...

telah sekian lama..orang melayu dianak tirikan.Dulu pun cina juga

Anonymous said...

Cuba bagi fakta dan figure pulak berapa pertubuhan cina pula dapat sebelum dan selepas
pr12 dan bandingkan pula peratus perbezaannya dgn apa yang kita dapat.

Yu. Syamz said...

kalau xbagi fakta org cina dapat brape pun dh bleh tgok kat fakta atas tu...daripada tiada jadi ada..kalau ada org cina dapat pun..mereka rakyat malaysia jugak..:)
wallahua'lam..

Penulis Rindu said...

apa fakta pun tak apa..depa bayar cukai bro..yang pentingnya dulu tak dapat..la ni dapat..mana baguihhhh..

macam mana cerita lembu 250 juta pun lum selesai

Anonymous said...

hapa tanya rumah yang nak sembah ke laut di tepi pantai Sg.Batu sapa bagi tongkol batu batu tambak laut bepuloh ribu ringgit/Hanya kerajaan P.Pinang yang sanggup hanya untuk satu rumah saja/

Eye_nee said...

Agenda dari no. 3 hingga 6...2008 TIADA selepas itu ADA...tapi cerita tentang ADA selepas 2008 ni tak pernah pun diwar-warkan yer..yg ada la ni dlm berita.. P.PINang isu...DADAH..AMBIL TANAH MELAYU...CURI KERETA BESAR2RAN...PIL EXtesi dan seangkatan....alahaiiiii.....

Anonymous said...

Kaum cina adalah pembayar cukai yg paling banyak, salahkan kaum dia juga dpt bantuan????, pemimpin malayu hanya mentedarah duit rakyat......

Penulis Rindu said...

Allah Hu akhbar..panas tau...semoga Allah memberi ketenanga kepada anda

Syed Salleh said...

What happen to the political group now days.. Even religion want to be an issue..

(http://syedsalleh.blogspot.com/)

Rojak said...

Untuk masa skrg nammpak Islam lebih dibela berbanding sebelumnnya

beckhrooy said...

Kalau dah fakta, nak cakap macam mana pun tak boleh haha

Seri Bahasa said...

besok lusa jadi mcm singapura baru menyesal tak sudah anak cucu kita...

Anonymous said...

ya cik sri bahasa...sapa yg serahkan singapore pada LKY..DAP agaknya kot...

Penulis Rindu said...

cik seri tak baca sejarah nie..Tuanku Abdul Rahman la yang Bagi singapore kat PAP..UMNO lah tu..Genting Highlan sapa bagi

nufy said...

Genting Highlan sapa bagikat Lim Goh Tong. UMNO lah Bagi..wat tak tau pulak ye..

nufy said...

Genting Highlan sapa bagikat Lim Goh Tong. UMNO lah Bagi..wat tak tau pulak ye..

Nightroad said...

ak x fanatik DAP, at least ap yg DAP buat sgt bgus berbanding parti komponen BN yakni Gerakan sblm pru12 yg tdk mmberikan ap2x sumbgn dlm mengiktiraf jasa2x guru2x KAFa...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung