Nuffnang

Friday, May 18, 2012

Kenapa DBKL 'main wayang' dengan 'protes burger'? lambat ambil tindakan !!


Jualan Burger di hadapan rumah Ambiga

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan hari ini menuntut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi penjelasan ekoran membenarkan 'protes' penjual burger di hadapan rumah Datuk S.Ambiga minggu lalu.

Desakan itu dimuatkan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Pegawai Khas Datuk Bandar Md Aznan Md Zain pagi tadi.

Turut serta dalam penyerahan itu Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, wakil PKR Fahmi Fadzil dan PAS Mohd Suhaimi Abdul Aziz.

Memorandum tersebut dihantar sebagai tanda bantahan terhadap sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang lambat bertindak menghalang perkara itu berlaku.

Menurut Lim Lip Eng, DBKL sepatutnya peka kerana ia melanggar Akta Jalan Parit Bangunan 1987 kerana membuat kacau ganggu di jalan keluar masuk kediaman individu, menggangu privasi ketenteraman individu. harakahdaily

4 comments:

khaifaiz said...

tau pulak ada undang2... hahahaha

Cikgu Badar said...

tau tak pe

Acik said...

heheheee ... taw tak taw! :)

Penulis Rindu said...

wat tak tau pulak

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung