Nuffnang

Wednesday, May 9, 2012

Terhot..Isteri muda dirayu kekasih lama..kacau bro


Gambar Hiasan Je

SAYA gadis berumur 20 tahun. Sebelum mendirikan rumah tangga, saya menyemai cinta selama lima tahun bersama jejaka A. Meskipun kini bersuami, saya masih mencintai A.
Yang pasti, saya sukar melupakannya. Yang peliknya, ketika kami bercinta dulu, saya dan A kerap bergaduh kerana sikapnya yang cemburu buta. Berkali-kali dia mengulangi sikap sama dan hubungan kami hampir putus beberapa kali. 
Memikirkan jika hidup bersama nanti, dia pasti mengawal setiap gerak-geri saya, membuatkan saya rimas serta tidak tahan. Saya memutuskan hubungan lalu bertemu R menerusi laman sosial Facebook.

Kerana sikap R yang lemah lembut dan menyayangi saya seadanya, saya bawa dia bertemu keluarga. Atas restu keluarga, saya menerimanya dan berharap saya boleh belajar mencintainya selepas berkahwin.

Namun, sampai sekarang saya masih teringatkan A. Lebih melukakan, A merayu supaya saya kembali menerimanya. Adakah keputusan saya berkahwin dengan R salah?

NELLY
Ampang



Amalkan istighfar setiap kali saudari mengingati bekas kekasih kerana kini saudari memegang status isteri dan menjadi hak mutlak R. Diharap, ia dapat menetapkan hati sambil mengusir keraguan dengan keputusan mengahwini R.

Biasalah, apabila terleka sebaik diulit kisah cinta lama, pasti hasutan syaitan mahupun bisikan nafsu bagai magnet kuat yang mengaitkan sifat sesal dalam perkahwinan kerana saudari masih mengharapkan cinta A.

Nasihat Dang Setia, buka buku baru dan usah dikenang kisah lama. Hargai setiap saat bersama suami dan putuskan hubungan dengan kekasih lama kerana ia tindakan kurang manis bagi diri saudari yang bergelar isteri.

Tambah pula, saudari mengakui R lebih baik daripada A. Yakinkan jalan diambil itu betul serta panjatkan doa supaya hubungan yang ada berkekalan. 

7 comments:

Penulis Rindu said...

apa la dok kacau bini orang tu..

Norgadis Labuan said...

Dasyatnya..
Dah jadi bini org baru nak merayu-rayu. Lupakan lelaki mcm tu, hidup dia hanya penuh kepura-puraan...

amranaiman said...

aduhai.. bini org oh bini org =.="

Penulis Rindu said...

huhu..isteri muda ni ..melawan kut..hehe

syiela said...

oh bini orang tetapkan hatimu

caliph shuriken said...

setan suka sgt laa hasut utk keje giler cmni kn...

Penulis Rindu said...

goda dan tergoda

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung