Nuffnang

Monday, June 11, 2012

Fulamak !!! Terpanas , perghh !!! Artis Sengaja Pakai Baju Jarang !!..Dosa tau!!!



Saja boh Gambar Nie..
ASYIK-ASYIK cerita sama sampaikan naik berbuih mulut CAK.
Jari jemari ni pun dah naik lenguh menegur artis tak tahu malu yang suka sangat menayang badan. Entah apalah yang dibanggakan sangat pun CAK tak faham. Terbaru, apabila kisah pelakon yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi sengaja cari publisiti murahan. Dalam satu sesi fotografi, dia dengan selamba mengenakan pakaian jarang sehingga menampakkan coli merah terang 'tang! tang!'. Sampaikan ada beberapa orang di situ bagai nak tersembul bijik mata menengok 'barang baik'. Ishh..

Apalah tak tahu malu! Nak dikatakan dia tak sedar pakaiannya jarang, mustahil sebab sah-sah baju tu boleh dibuat menjaring ikan. Mungkin juga pelakon itu sengaja pakai macam tu sebab nak jaring 'ikan-ikan' besar. Yalah, walaupun bergelar tunangan orang, rezeki menangkap ikan besar masih terbuka luas! Maaflah sebab CAK bergurau kasar. CAK sebenarnya sudah lama perhatikan gelagat artis ni sejak dulu. Lepas satu demi satu kontroversi dicetusnya, ingatkan bila dah bergelar tunang orang sudah insaf, rupa-rupanya masih macam tu jugak!

CAK harap sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan tak lama lagi, artis ini berubah dan elakkanlah kontroversi yang boleh mengaibkan dirinya dan bakal suami. Bukan apa, lepas ni suami awak yang nak kena tanggung dosa isteri! Renung-renungkanlah ye!harian metro..CAK

3 comments:

Penulis Rindu said...

saja nak tayang macam minah salleh kut

Kak Mahh said...

Mahal tu

Penulis Rindu said...

merah juga mak ngah

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung