Nuffnang

Saturday, June 23, 2012

Kejutan Berita : Betuika nie !!! Cikgu Normala nafi Masuk UMNO



Setelah selidik didapati ada blogger fitnah cikgu Normala....


Fitnah melalui blog Penaksj.wordpress.com yang itu bertajuk "PAS Johor punca Cikgu Normala berniat serah keahlian masuk Umno" disebarkan bermula kelmarin.
Tulisan tersebut mendakwa Cikgu Mala mempunyai masalah kewangan selepas tewas pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 2010.






Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi, Normala atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu diteruskan.
"Saya akan teruskan saman sekiranya perkara ini (fitnah) terus dipanjangkan dan menuntut penulis tersebut membuat permohonan maaf," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.


Cikgu Mala juga menegaskan, beliau akan terus berjuang dalam PAS dan mendapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan parti sendiri.
"Saya mendapat sokongan padu dari suami, keluarga dan jemaah sendiri dan InsyaAllah saya tak akan bertindak keluar parti," tegasnya.


Sementara itu, Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusof menyifatkan fitnah tersebut sebagai tindakan terdesak pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu utama negara. "Umno BN masih lagi guna fitnah dan dakyah kotor untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dan sebagainya. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua, Senator Mumtaz Md Nawi dan Ketua Penerangan, Aiman Athirah Al Jundi. Harakahdaily

4 comments:

Penulis Rindu said...

macam macam blogger amano ni

matlaon said...

seluar bloger umno terlondeh nampak anunya berkudis kah kah kah

Putra IJ80 said...

Kemungkinan masaalah kewangan itu wajar.

Slps tewas PRK...biasa nya PAS akan membiarkan calun atau ahli nya bersendirian.,

Alasan nya PERJUANGAN menuntut pengorbanan.,di selang seli dgn ayat ayat Alquraan serta sejarah para sahabat di zaman Rasulullah.

Yang sedih nya pengorbanan itu hanya sebelah pihak saja....sementara Pihak PAS yg memiliki segala kemudahan,sumber kewangan akan menyimpan sebanyak mungkin agar kelihatan PAS berhemah.,berbelanja ikut keperluan.,dalam masa yg.sama menagih derma sumbagan dari ahli dan seterus nya.

Kita banyak belajar dari sejarah nya.

Penulis Rindu said...

tak dengar pun masalahnya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung