Nuffnang
Wednesday, June 6, 2012
Berita Panas !!! Mangsa Politik : PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel ?
Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut. Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel. Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu." Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu. Pinjaman 'ditangguhkan' Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu." Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan. Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu. Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi. "Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya. 'Mangsa politik' Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel. "Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut. "Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya. Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu." Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan. "Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
11 comments:
wat macam mana..saba aje lah
Arahan Noh Omar ke? Dicadangkan Kerajaan Pakatan Selangor menubuhkan tabung pelajaran bagi pelajar2 UNISEL membuat pinjaman dengan tidak mengenakan sebarang riba.
aiyookkk...kena beku...tak tahu...kasihan pelajar2 itu..
berta ke berita bro.. :)
dendam politik ni
sory bro kalut sikit
Saya cadangkan unisel beri pendidikan tinggi percuma kepada pelajar. Biarlah unisel menjadi IPT pertama yang membanggakan rakyat.
Sabar....
kita golekkan umeno dalam pru13
SEDIH DENGAN POLITIK DI MALAYSIA...
GAJAH SAMA GAJAH BERTEMPUR, PELANDUK YANG BIJAK MATI DI TENGAH-TENGAH....
AHLI POLITIK BERGADUH SESAMA AHLI POLITIK UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI; KELUARGA MISKIN DAN PELAJAR YANG HENDAK MENUNTUT ILMU MENJADI MANGSA...
SEMOGA ALLAH MENJAHANAMKAN AHLI POLITIK YANG BERTINDAK DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PARTI MEREKA
SEMOGA ALLAH MENJAHANAMKAN PARTI MEREKA
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
kita doakan ..kalau mereka tak mahu masuk PAS ..anak cucu mereka masuk PAS nanti ye
banyak dengar kos kat unisel terlalu tinggi berbanding berapa ipta yang lain...
dendam politik ni
Post a Comment