Pelakon terkenal Hairie Othman akan menyertai PAS dan akan menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada mursyidul am parti Datuk Nik Aziz Nik Mat esok, kata Pemuda PAS Johor.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan borang oleh hero filem Leftenan Adnan itu akan diadakan di Kempas, Johor Bahru dalam Himpunan Hijau PAS peringkat negeri.
"Pemuda PAS Johor mengharapkan kehadiran Sdr Hairie ke bumi Kempas akan membuka cahaya kepada artis-artis yang lahir atau dibesarkan atau mempunyai keluarga di bumi Kempas dan sekitarnya untuk bersama dengan perjuangan Islam PAS," katanya.
Menurut Suhaizan, bumi Kempas dan sekitarnya menyaksikan kelahiran banyak artis popular seperti pelawak Azli Senario, pemuzik Man Kidal, pengacara Linda Onn dan pelakon Faizal Hussin.
Sementara itu, menurut Suhaizan, Himpunan Hijau peringkat negeri Johor akan diisi dengan program ceramah serta jamuan bersama Nik Aziz dan masyarakat bukan Melayu.
Kebanyakan pimpinan tertinggi parti itu dijadual hadir. Jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada 10,000 orang termasuk anak muda.
"Kahadiran Sdr Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini," katanya.Malaysiakini
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Kejadian berlaku ketika mangsa mengunjungi kedai Louis Vuitton di London. - UKNewsInPictures LONDON – Pelanggan sebuah gedung barangan mew...
-
BERITA Prospek kuasa eksekutif Anwar mengerikan, kata Kadir Jasin 5 Tokoh wartawan veteran A Kadir Jasin berpandangan Anwar Ibrahim yang k...
-
Pasangan ibu dan anak menerusi video TikTok menjadi tular di media sosial. -foto instagram Official_generaljoe MENGHIBURKAN tapi ramai ya...
-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi tahap kesihatannya dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Insti...
2 comments:
em......
yang penting niat murni kita....PAS atau apa jua parti yang baik adalah bergantung pada niat kita....
maafkan su kalau tersalah....
makasih ye..kita mahukan negara bebas dari rasuah
Post a Comment