Sotong
Semasa wanita itu menikmati hidangan sotong separuh masak itu, dia mula merasakan tusukan dari benda asing yang mencucuk-cucuk dalam mulutnya ketika sedang mengunyah.
Dia meludah sotong itu, tetapi mulutnya masih terasa berbeza, seolah-olah terdapat makhluk-makhluk kecil yang bergerak pada bahagian dalam mulutnya seperti dalam pipi, gusi, dan lidah.
Dia segera dikejarkan ke hospital dan dibuat pemeriksaan dalam mulutnya. Memang benar, doktor mendapati 12 pepijat putih kecil, seperti organisma sperma dalam mulutnya.
Laporan berkata, dia seolah-olah telah menggigit beg sperma sotong yang dimakannya, yang membawa kepada kebebasan makhluk kecil itu.
Si kecil begitu ghairah sehingga mereka cuba untuk menghamilkan mulutnya!
Pengajaran daripada ini pastikan hidangan sotong anda dimasak dengan baik!
sumber Oleh: Asyraf Ringo
5 comments:
baru dengar pertama kali ni
Tak sanggup makan separuh mentah, geli...
geli la plak bila baca benda nie.. huhuhu..
Ye ker...
alamak... takut pulak...
Post a Comment