Ini adalah satu pengorbanan wang rakyat untuk rakyat, malah ianya sebagai amal jariah yang berkekalan..apalah ada wang berjuta juta..tetapi tiada habuan di akhirat.
Pengorbanan anda diperlukan untuk memajukan kelantan , kita tahu Negeri Kelantan di anak tirikan oleh kerajaan pusat , mana tidaknya wang royalti tidak diberi..semoga Allah membalas jasa baik kepada semua yang memberi sumbangan.Bukan bannyak kalau sorang sebulan RM 10 x 50,000 orang = RM 500,000 sebulan .kalau setahun RM 5 juta tau... ini adalah perancanngan. Kita merancang Allah yang menentukan.
Fasa pertama Lebuhraya Rakyat akan dilaksanakan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah meluluskan (menggezetkan) fasa pertama pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bermula dari Machang sejauh 29 kilometer dari 73 kilometer keseluruhannya.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, fasa pertama itu telah siap diukur bermula dari Bukit Bakar ke Kuala Krai.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.
Katanya, jajaran berikutnya akan digezetkan apabila ianya siap diukur.
“Pembinaan lebuhraya ini akan dimulakan di tanah kerajaan terlebih dahulu dan kemudiannya akan diteruskan pada tanah milik peribadi,”ujarnya.
Tambahnya, tanah-tanah individu yang terlibat dengan pengambilan untuk pembinaan lebuhraya itu akan dibekukan kegiatannya.
Pada masa yang sama Husam memberitahu kerajaan negeri akan membuka satu akaun khas bagi memungut sumbangan daripada orang ramai untuk pembinaan lebuhraya di Islamic Maybank dan Bank al-Rajhi.
“Apabila kita mendapat nombor akaun ini kita akan membuat hebahan secara umum bagi membolehkan masyarakat di negara ini khususnya Kelantan menderma,”ujarnya.
Katanya, sebelum ini akaun ini dibuka di Bank Muamalat di bawah seliaan syarikat Baldah Toyyobah sebagai perantara untuk disalurkan dana kepada kerajaan.
Sambungnya, petugas khas atau agen bakal dilantik di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan atau menyalurkan terus kepada Maybank dan Al-Rajhi.
Katanya, sehingga kini sumbangan sebanyak RM430,000 diterima dari orang ramai di seluruh negara termasuk penderma di seluruh negara.

Sementara itu, ketika menjawab tuduhan tidak bertanggugjawab oleh bloger Umno yang mengkritik tindakannya memegang jawatan dalam pembinaan lebuhraya itu sebagai pengerusi, Husam berkata, ia tidak cerdik.
Husam mendakwa jawatan yang disandangnya sebagai pengerusi tidak bersalahan dengan undang-undang walaupun beliau seorang anggota exco kerajaan negeri.
Menurutnya, amalan itu diterima pakai sejak sekian lama sebagai contohnya Menteri Besar Kelantan sendiri mempengerusikan PKINK.
“Saya sendiripun sebagai Pengerusi Tunjung Development termasuk anggota exco kerajaan negeri yang lain turut mempengerusikan anak syarikat kerajaan negeri yang lain,”ujarnya.
Katanya, tidak perlu mempertikaikan beliau diberi tanggungjawab mempengerusikan pembinaan lebuhraya kerana ianya tidak menjadi kesalahan. Harakahdaily

2 comments:
jom berwakaf...
jom berwakaf...
Post a Comment