Nuffnang

Tuesday, July 24, 2012

Mak ooii Gaji Pengerusi / CEO Syabas Setahun sampai Berapa Juta RM ? jom baca


Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan Lembaga Pengarah SYABAS untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif nya, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian dan penyiasatan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS selama tiga hari. 

“Mereka gagal hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi kerana gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah RM5.1juta setahun

“Berdasarkan penelitian Jawatankuasa, kita juga bersedia membelanjakan peruntukan untuk membina loji rawatan air baru bagi meningkatkan kapasiti air terawat. 

“(Jadi) tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225juta akan dipanggil serta-merta,” katanya lagi dalam satu kenyataan. 

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatan Kuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Ia bertanggungjawab memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan, kedudukan semasa pembekalan air dan meninjau sendiri tapak yang ada masalah kekurangan bekalan air seperti yang dicanang SYABAS. 

SYABAS juga diminta untuk membentangkan beberapa perkara kepada Jawatankuasa, antaranya pengeluaran air harian bagi setiap loji, permintaan air berdasarkan bil dari Januari 2012, kawasan mengalami masalah gangguan air dan cadangan penyelesaian yang dirancang SYABAS untuk mengatasi masalah tersebut. 

Dalam pada itu, Khalid menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Pusat tidak akan cuba menyulitkan usaha ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat. 

“Langkah ini diambil bagi melindungi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekal air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi,” katanya lagi - Keadilandaily 


Sementara itu, Muhyiddin dilaporkan memberitahu media bahawa kerajaan pusat akan menghalang kerajaan negeri Selangor mengambil alih SYABAS dan akan mempercepatkan pemberian tender untuk Projek Langat 2 yang dilihat oleh banyak pihak bakal mengenyangkan kroni dan merugikan rakyat Selangor. 

Muhyiddin seperti dijangka menggunakan alasan "kekurangan bekalan air" yang sedang dimainkan oleh media mesra UMNO. Baca di ( SINI )

Mengapa Muhyiddin tergesa-gesa menguar-uarkan hal itu dan mempercepatkan proses penyerahan tender sedangkan banyak lagi isu tertangguh termasuk kes mahkamah masih belum diselesaikan? 

Ironi apabila kerajaan pusat enggan mendengar cadangan dan memihak kepada kerajaan negeri tetapi menuruti kehendak syarikat swasta yang berpaksikan keuntungan! 

6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kalau nak pecat, aku rasa pecat tok guru lagi untung. dia dah lama pegang jawatan, tapi masalah air karat dekat kelantan pun tak dapat nak selesaikan. ni baru-baru ni masalah lombong emas haram dekat kelantan pun dia tak tau. apa citer ni?

Kak Mahh said...

Banyaknya...biar betul.

liza awek kl said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

liza awek kl said...
hoi pencacai BN dan UMNO, gaji ko BN da bayar ke belum.. org umno dan bn memang bodoh sebab selalu makan taik lembu shahrizat...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung