Nuffnang

Friday, July 20, 2012

Debat : Nasrudin, Anak muda mahukan perubahan bukan pembangunan



Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, orang muda memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang disaksikan pada 1970-an dan juga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) empat tahun lalu.

Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.

Malah katanya, detik bersejarah Arab Spring menunjukkan orang muda ada kuasa besar sehingga menjadi pencetus yang mampu menjatuhkan kerajaan kerana mereka memilih perubahan.

Beliau berkata demikian pada Debat Sinar Harian bertajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, sebentar tadi.
Orang muda, katanya, memerlukan politik berasaskan ilmu serta fakta dan menolak politik yang bersifat auta. 
“Anak muda perlukan politik berasaskan ilmu dan fakta, dan pemimpin yang dipilih mampu memimpin dengan telus dan adil seperti yang telah disyariatkan Islam,” katanya.
Tambah Nasrudin lagi, orang muda sekarang celik teknologi dan celik maklumat.
“Orang muda muda bersikap terbuka dan benci jika suara  mereka dikekang. Orang muda suka melibatkan diri dengan politik, tetapi jemu dengan sikap politik perkauman dan menyekat kebebasan bersuara,” katanya.
Beliau juga menambah, anak muda kini juga jelik dan muak dengan budaya gula-gulakan rakyat dan pemimpin yang lama memerintah, dicampur dgn pemerintah yang zalim dan berat sebelah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan supaya tidak mendabik dada, kerana sejarah pernah membuktikan orang muda sebagai agen perubahan.
“Sejarah dalam negara jadi saksi bahawa anak muda penjana perubahan yang besar. Perubahan Pakatan Rakyat (PR) yang menepati aspirasi yang dimahukan orang muda,” katanya.
Nasrudin berkata pilihan raya adalah mengenai maklumat dan semua pihak perlu diberi ruang dalam media arus perdana.
“Ini kerana tarbiah dapat dilakukan dengan lebih meluas jika boleh menggunakan media seperti TV3,” katanya menjawab pertanyaan moderator akan konsisten Pas menyampaikan dakwah kepada anak muda.

3 comments:

Penulis Rindu said...

semoga ustaz meneruskan perjuangan

Anonymous said...

ni ke orang yang tolak hadith nabi yang dibacakan ust fathul bari mengenai hak jalan dengan menggunakan logik akal bahawa hadith nabi tu menghalang demokrasi?

Anonymous said...

anak muda mahukan perubahan, bukan pembangunan. sebab itulah sekarang pas mula berubah dengan penganjuran konsert tarian di bertam nite dan konsert mtv k pop, justin bieber di selangor. semoga orang muda sekarang memilih pas

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung