Nuffnang

Saturday, July 14, 2012

Perghhhh. terkejut aku..setelah 50 Tahun, Pengunjung Padang Kota baru Dapat surau..dulu Pemimpin Amano buat apa..!!!..


Hj Yusuf Ahli MPPP

Padang Kota akan ada surau tidak lama lagi

Mohd Sabri Said,13 Jul 2012
GEORGETOWN: Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga.

(Yusof menunjukkan tapak surau yang akan dibina)



Baginya, ia satu kejayaan apabila suara PAS didengari walaupun PAS hanya mempunyai dua orang wakil dalam MPPP.

"Umat Islam patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adanya dua orang wakil PAS dalam MPPP pembinaan surau di Padang Kota Lama menjadi kenyataan.  Nak biarkan Umno bersuara sampai bila pun tidak berani, " jelasnya ketika bersama Harakahdaily meninjau lokasi surau berkenaan.

Pembinaan surau itu tambahnya, tetap mengutamakan warisan asal dengan mengekalkan tiang dan bumbung sedia ada di tempat letak kenderaan memandangkan kawasan Georgetown telah diiftiraf 'Tapak Warisan Dunia' oleh Unesco.

Di sana nanti akan dibina dua bilik sembahyang lelaki dan perempuan, tempat wuduk serta tandas.

Sejak 50 tahun lalu katanya, Umno samada melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau pun Ahli Majlis MPPP langsung tidak berminat untuk menyuarakan betapa pentingnya sebuah surau di lokasi tersebut.

Mereka sambungnya, hanya mementingkan hiburan dan pembinaan infrastruktur di keliling Padang Kota seperti lampu hiasan, laluan pejalan kaki dan medan selera walhal perkara wajib untuk Umat Islam tidak difikirkan langsung.

"Inilah yang dikatakan Umno mereka tidak berfikir untuk kebaikan umat Islam keseluruhanya melainkan perkara menuju keseronokan semata-mata.

"Mana dia pemimpin Umno dan Ahli Majlis yang dilantik ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Jelutong.

Sekarang ini sebut harga telah dikeluarkan oleh MPPP di mana lima kontraktor melayu telah membida untuk masuk tender.

"Kelulusan tersebut merupakan lonjakan politik PAS di kaca mata masyarakat Islam terutamanya.  Umat Islam boleh menilai yang mana untung berada di era BN atau Pakatan Rakyat, " ujar beliau.

Pada bulan Mei lalu buat pertama kalinya juga laung azan Magrib dan Insya berkumandang di padang Kota Lama  di progran santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamekaze dan Ali XPDC sempena Karnival Kepenggunaan Pulau Pinang.


12 comments:

Penulis Rindu said...

selama ni pi padang kota solat di MAsjid Benggali atau kapital keling je

Anything But United (United Malay Orgs ok not ManU) said...

Jauh tu dari padang kota, kena drive lah pulak. Kalau shopping mall paling paling lekeh ada surau kecil takkan selama 50 tahum umno memerintah surau x pernah nak buat, yg dia tau buat kelab malam , rumah urut,outlet TOTO,clubbing jer kerje puak puak umnoporno ni nooo!

Penulis Rindu said...

h ITULAh reALITI pENANG

Buatbest said...

Kalo boleh umno mmg xnk buat pon..maklumlah kt tepi laut tu kan tempat hiburan katanya~~kesian kt org Penang, dah 50 tahun bru dapat..hihi,termasuklah aku..org Penang jgk..! adoiiiyaaii..haha

Papa REN said...

alhamdulillah.... semoga lps ni ramai yg memeriahkan surau tu dan selesa beribadah...

http://blog-ketegaq.blogspot.com/

Obat Tradisional Parkinson said...

Hallo apa kabar ?

Obat Tradisional Tekanan Darah Tinggi said...

Ikut gabung sini ya

Obat Tradisional Luka Bekas Operasi said...

bagus banget infonya gan

Obat Tradisional Radang Telinga said...

salam kenal dan salam hangat selalu

Obat Jerawat Tradisional said...

sukses slalu

Anonymous said...

aku pun terkejut. setelah berpuluh tahun perintah kelantan, pas hanya mampu bina 1 je masjid, tu pun atas kutipan duit orang ramai? dekat kedah pulak, pas nak runtuhkan masjid sebab nak bina shopping kompleks? adakah ini kerana pas menolak negara Islam dan menyokong negara kebajikan?

umno_baru said...

Anon july 14, 2012 1.23pm

kat kelantan dah ada cukup masjid/surau & bukan hanya utk hiasan/bermegah-megah.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung