Nuffnang

Saturday, July 28, 2012

Perghhhhh : JAIS serbu rumah tanpa waran, pecahkan pintu pagar


JAIS
AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.
Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.
“Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.
“Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.
“Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.
“Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,” kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.
“Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama.
“Sepatutnya mereka selaku pegawai jabatan agama Islam, harus bertindak dengan cara baik, menunjukkan waran geledah dan bukannya bertindak memecahkan rumah orang begitu sahaja,” kata Razman.
Menurut Razman, polis yang beliau temui memberi jaminan akan melakukan siasatan terperinci tentang kejadian ini memandangkan bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.
“Kami bimbang sekiranya JAIS tidak memantau orang bawahan mereka, takut mereka ini menggunakan kad kuasa mereka untuk memecah masuk rumah orang, kemudian mungkin merompak.
“Kita harap JAIS akan lebih peka dengan pegawai mereka,” kata Razman. Malaysian Insider

9 comments:

Penulis Rindu said...

JAIS kena ada waran la.mcm tak ada SOP je

kampong lad said...

perbuatan/kelakuan depa ni ada dlm hukum hudud dak?

Pak Oncu said...

ini tentu bukan pegawai agama islam ,, tetapi lebih teruk dari ZIONIS,,,, inlah yg buek org membenci islam itu ,,, bangsat punya pegawai penguatkuasa,,

Penulis Rindu said...

bukan dalam hukum hudud..tapi kopak ni tak cantik la

Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.
Penulis Rindu said...

bukan dalam hukum hudud..tapi kopak ni tak cantik la

♥ Miss A ♥ said...

ISK ISK ISK ..

Anonymous said...

apa khalid ibrahim buat? apa exco pas buat? takkan tengok je? ni dah masuk bab makan gaji buta je khalid ibrahim dengan orang pas ni

Anonymous said...

ooiii! bodoh...apa kaitan pas/mb ngan jais plak?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung