Nuffnang

Friday, August 31, 2012

Koleksi gambar [up date ] Janji Demokrasi Di Dataran Merdeka...Berjaya..Muahhh???

Mat Sabu  dikawal rapat oleh unit amal

                     (Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

Lagi berita bergambar.....klik je



                



                                  
          (Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

                                                     (Berhampiran Dataran Merdeka)

                                                  
                                                  (Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)


12.30am DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.

"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.

Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.

Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.


12.20am DATARAN Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. 

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.


11.45pm DATARAN Sambil menunggu detik 12 tengah malam. Peserta menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati". 


11.30pm DATARAN Kumpulan baju kuning, diketuai Pak Samad bergerak dari Dataran menghala ke bangunan DBKL di mana beliau akan membacakan sajak.


11.25pm DATARAN Makin ramai peserta membajiri Dataran. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga kelihatan. Tiada sebarang campur tangan oleh pihak polis.


11:05pm SHAH ALAM Menteri besar membacakan sajak sasterawan negara Usman Awang berjudul 'Merdeka'. Orang ramai ketika ini dianggarkan kira-kira 2,000 memenuhi padang di Dataran Shah Alam sambil mendengar ucapan.


5 comments:

Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.
lijitra said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.
Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.
Leasa Fear said...

Michigan Job Search and Employment Opportunities - MLive.com. Get the latest Michigan job and employment news. Search the latest full-time and part-time job and career postings in Michigan at MLive.com. Adjunct Fashion Merchandising and Trends Instructor Job in Novi. Adjunct Fashion Merchandising and Trends Instructor job in Novi, Michigan, US. Read the Adjunct Fashion Merchandising and Trends Instructor job description and find. The 50 Best Careers of 2010 - US News and World Report. The 50 Best Careers of 2010 Biomedical engineer, curator, and urban planner made the cut

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung