Nuffnang

Sunday, November 4, 2012

Berita gempar !!! Laporan terkini 6,310 remaja kita hamil sehingga Jun...


KUALA LUMPUR: Peringatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak gadis. Rekod Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 18 bulan dari Januari tahun lalu hingga Jun lalu mendapati, seramai 6,310 remaja perempuan yang hamil dan berdaftar di hospital atau klinik kerajaan tidak berkahwin, termasuk pelajar sekolah.
Jumlah itu tidak termasuk remaja menggugurkan kandungan secara haram di klinik swasta seluruh negara.


Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Dr Safurah Jaafar berkata, seramai 9,082 remaja hamil berusia 10 hingga 19 tahun berdaftar di hospital atau klinik kerajaan, dengan purata 1,500 kes sebulan dari Januari hingga Jun tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 2,088 (23 peratus) tidak berkahwin. Tujuh kes kematian remaja hamil dilaporkan dan empat daripadanya tidak berkahwin. Ini menunjukkan risiko kematian di kalangan remaja hamil, khususnya tidak berkahwin, tinggi iaitu 57 peratus.

“Tahun lalu, 18,652 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan 4,222 atau 23 peratus daripada jumlah itu tidak berkahwin,” katanya. kepada Metro Ahad.

Beliau berkata, remaja atau pelajar sekolah yang mengandung boleh mendapat perkhidmatan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan atau hospital secara percuma.



“KKM tidak akan menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana pelajar sekolah, remaja yang mengandung atau menggugurkan anak. Ini di luar bidang kuasa KKM.

“Namun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan mengikut Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.


Safurah berkata, masalah pengguguran bayi di kalangan pelajar memerlukan pendekatan menyeluruh semua agensi.

“Di samping KKM, ia memerlukan gabungan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM), jabatan perundangan, jabatan agama dan masyarakat,” katanya.  Hmetro 


4 comments:

Penulis Rindu said...

Apa nak jadi ni...kita yang ada anak pakat pakat la la sendiri..anak kita

krole said...

ya Allah...apa nak jadi ni~

Kak Mahh said...

Angka yang amat menakutkan.

aeinio said...

huhuhu gerunn!!:(

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung